taman yang disirami kasih sayang menyuburkan keimanan mengharapkan keredhaan tuhan menjalin ukhuwwah menyemai cinta & kasih ilahi agar tersemai islam di hati
11 Oktober 2009
Ceriakan hari anda...
> Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
> Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti
> orang tu tunduk.
> Man : Wow! Bapa kau keja apa?
> Ali : Tukang gunting rambut.
08 Oktober 2009
Komputer: antivirus free dari microsoft?betul ke ni?
dan ini adalah antara kelebihan mereka-mereka di luar sana yang menggunakan perisian windows yang original.
02 Oktober 2009
Cerpen : Suatu Penyesalan
Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, ......
30 September 2009
25 September 2009
Jangan Pelihara Rasa Benci
Atas pernyataan Nabi tersebut, timbul penasaran di kalangan para sahabat, terutama Abdullah bin Umar yang memang dikenal sangat kritis. ”Ya, Rasulullah,” tanya Abdullah, ”Mengapa engkau katakan itu kepada kami, padahal selama ini kami tidak pernah mengenalnya sebagai sahabatmu? Sedang terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak pernah mengatakan hal itu?”
20 September 2009
Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as.
18 September 2009
20 Amalan Murah Rezeki
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10.. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)
17.. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.. Wallahu a'lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab ..a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
sumber;ukhwah.com
13 September 2009
RAMADHAN IMPEMAS
Bertempat di Permai Resort pada 11 & 12 SEPTEMBER 2009 ahli Impemas telah berusaha menggabungkan keberkatan Ramadhan dan kemanisan ukhuwwah dengan berkumpul bersama menghidupkan hari di bulan Ramadhan.Walaupun penyertaan di kalangan ahli sedikit mengecewakan,namun ia tidak membantutkan semangat Presiden untuk meneruskan usaha yang murni ini.Hanya 56.25% sahaja dari ahli Impemas yang hadir,selebihnya tidak dapat ikut serta atas urusan peribadi.Itulah hakikatnya,memang susah mengumpulkan kesemua ahli Impemas di Malaysia.Di sini tak perlulah Serunai menggambarkan perjalanan program tersebut kerana tentatif program telah diterbitkan dalam blog ini sebelum ini.Alhamdulillah,segala apa yang dirancang telah berjalan dengan sempurna.
Di sini,suka Serunai mengenang kembali kata-kata seorang teman dari Thailand di Kuwait semasa majlis perpisahannya,antara perkara yang tak dapat dilupakannya ialah pelajar Malaysia apabila berjumpa dan berkumpul pasti akan meriah dengan hilai tawa.Begitu juga seorang teman dari Kemboja yang perasan dengan keadaan itu telah memberitahu Serunai,"Kamu semua kalau berkumpul semasa makan,memang meletup kantin jadinya".Sejak itu Serunai tertanya sendirian apakah chemistry 'pecah perut' yang wujud di antara ahli Impemas itu akan berterusan walaupun ketika berada di Malaysia.Jawapannya telah Serunai temui di Permai Resort.Syabab Impemas tetap syabab Impemas.Suasana nyaman dan tenang tepi pantai pada hari itu dipenuhi dengan gelak tawa dan usik mengusik.Apatah lagi dengan keletah Akh Sufillah yang selalu mengusik adik Akh Abdussalam,Alim.Jika diikutkan semasa hari tersebut
seramai 40 muslimat menginap di chalet yang sama,namun hanya riuh rendah syabab Impemas yang kedengaran.Tapi,kami masih lagi menjaga batas-batas gurauan bagi menghormati bulan Ramadhan.
Ahli Impemas sebenarnya bertuah pada hari tersebut kerana telah dibantu masakan juadah berbuka puasa berupa sayur cendawan yang disediakan oleh emak Akh Sufillah.Begitu juga Akh Syamsul dengan ramuan ayam bakarnya.Kesemua ahli yang hadir telah memberikan sumbangan dan komitmen yang sewajarnya.Hanya Allah yang dapat membalas budi semua.
Maklumat Program:
TARIKH :21-22 ramadhan 1430H bersamaan 11-12 September 2009
TEMPAT :Permai Resort,Bachok,Kelantan.
MASA BERKUMPUL :3.30-4.00 petang
Tentatif program:
JUMAAT 21 Ramadhan/11 September:
3:30 -KETIBAAN PESERTA
4:00 -BARBEQUE
-SANTAI PANTAI
6:45 -TADARRUS AL-QURAN
7:15 -BERBUKA PUASA
-SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH
8:20 -SOLAT ISYA' DAN TARAWIH
9:30 -BAKAR JAGUNG
11:30 -TIDUR
SABTU 22 Ramadhan/12 September:
4:15 -BANGUN & BERSIAP
-SOLAT QIAMULLAIL
-SAHUR JAMA'I
5:51 -SOLAT SUBUH BERJAMAAH
-TAHLIL UNTUK ARWAH AYAH AZUKI
7:00 -SANTAI PANTAI
-AKTIVITI BEBAS
-BERSURAI
12 September 2009
Permulaan Perpecahan Umat Islam
Perselisihan pertama yang terjadi antara kaum Muhajirin dengan Anshar, tapi karena mantapnya pemahaman Islam yang telah melekat dalam hati muslim pada saat itu, serta jauh dari ambisi pribadi para sahabat, maka mereka dapat menghilangkan perselisihan tersebut.
Di samping itu, antara Muhajirin dan Anshar saling memuliakan dan menghargai satu dengan yang lainnya. Saad bin Ubadah pemimpin kaum Anshar mengatakan, "Kamilah (anshar) sebagai menteri, dan kalian (Muhajirin) sebagai pemimpin."
Dengan perkataan Saad, padamlah api perselisihan yang nyaris menyala. Perselisihan tentang masalah besar itu dapat dengan mudahnya diatasi dengan adanya kerelaan kaum Anshar untuk mengakui kepemimpinan Muhajirin.
Di dalam Muhajirin sendiri sebenarnya terdapat perbedaan dalam penentuan bai'at kepemimpinan tersebut. Umar bin Khaththab segera menuju Abu Ubaidah sambil mengatakan, "Bukalah tanganmu, aku akan membai'atmu, Engkaulah orang yang paling dipercaya di antara umat Muhammad, seperti ucapan Rasulullah di hadapan orang banyak."
Namun Abu Ubaidah menolak dengan tegas dan mengatakan dengan penuh kesungguhan, keimanan dan ketulusan, "Engkau akan membai'at aku, sedang di antara kita ada seorang Ash-Shiddiq (Abu Bakar), orang yang berdua bersama Rasul di dalam gua?"
Lalu Umar merasakan kebenaran dari ucapan Abu Ubaidah, maka segera ia menghampiri Abu Bakar dan berkata, "Bukalah tanganmu, aku akan membai'atmu, engkau jauh lebih utama dari diriku."
Abu Bakar pun tidak segera memenuhi permintaan Umar dan menjawab berulang-ulang, "Engkau lebih kuat dari aku."
Umar pun menukas, "Seluruh kekuatan yang ada padaku adalah bagi keutamaan yang ada pada dirimu." Akhirnya, terjadilah bai'at Umar kepada Abu Bakar Ash-Shiddiq sebagai Khalifah pertama, kemudian diikuti oleh Muhajirin dan Anshar.
Di antara para sahabat, hanya Ali yang terlambat membai'at karena pada waktu itu masih sibuk mengurus Fatimah, istrinya yang dirundung kesedihan karena ditinggal ayahnya. Ali membai'at Abu Bakar dengan keikhlasan dan kepercayaan.
Sebelum Abu Bakar wafat, kaum muslimin telah mengambil kata sepakat untuk memilih Umar bin Khaththab sebagai pengganti Abu Bakar. Pada saat bai'at Umar sebagai khalifah kedua, tidak ada seorang pun sahabat yang datang terlambat, bahkan Ali termasuk orang pertama yang membai'at Umar.
Begitulah awal-awal kepergian Rasulullah, berbagai masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan kehidupan umat Islam berjalan dengan penuh ketenangan dan ketentraman.
Pada masa kepemimpinan Utsman Ibnu Affan, barulah fitnah dan perpecahan mulai merebak, bahkan mengakibatkan terbunuhnya khalifah ketiga itu.
Sepeninggalnya Utsman Ibnu Affan, sebagian kaum muslimin membai'at Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah keempat. Tewasnya Utsman dan dipilihnya khalifah baru bukan akhir dari masalah. Sisa-sisa kefanatikan terhadap kabilah, serta ambisi untuk menduduki kepemimpinan mulai naik ke permukaan.
Sejumlah golongan atau kelompok lahir, masing-masing kelompok menunjuk pemimpinnya. Salah satu kelompok itu adalah kelompok yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abu Sufyan yang menempatkan diri sebagai oposan Ali.
Pendukung utama Khalifah Ali pun menggalang diri, dari sinilah berawal kelahiran dua Syi'ah (pengikut) dalam tubuh umat Islam, pengikut Muawiyah dan pengikut atau pendukung Ali dan anak cucunya, yang kemudian lebih dikenal dengan kelompok Syi'ah.
Syi'ah pada awalnya adalah satu aliran politik, demikian juga hal dengan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Muawiyah. Perbedaan politik antara Ali dengan Muawiyah berlangsung terus dan diperuncing oleh pengikut masing-masing, hingga suatu ketika diadakan tahkim (perundingan) .
Umat Islam yang sudah terpecah menjadi dua itu harus terpecah lagi menjadi tiga dikarenakan ketidaksetujuan diadakan perundingan tersebut. Kelompok ketiga ini dikenal dengan sebutan kelompok Khawarij.
Berdasarkan sejarah di atas, latar belakang lahirnya firqah-firqah dalam tubuh Islam, pada awalnya adalah perbedaan kepentingan dan paham politik, bukan perbedaan paham dalam masalah diniyah, dengan kata lain, perbedaan itu bukan berpangkal dari perbedaan masalah aqidah, tetapi perbedaan pandanagan dalam menentukan kepemimpinan atau dalam proses pemilihan khalifah.
Selanjutnya, setiap firqah terpecah menjadi beberapa firqah baru. Seperti firqah Syi'ah terpecah menjadi beberapa firqah, ada Zaidiyyah, Ismailiyyah, Itsna Asyariyyah, Al-Kisaniyyah, Al-Mukhtariyah, Karbiyyah, Hasyimiyyah, Al-Mashuriyyah, Al-Khitabiyyah, dan banyak lagi.
Sebagian dari firqah itu bersikap berlebih-lebihan dan telah menyimpang jauh dari ajaran tauhid yang murni, mereka menuhankan Ali bin Abi Thalib, di samping masih ada pula perpecahan yang tetap memegang teguh keyakinan atau aqidah yang lurus dan pemikiran yang jernih.
Begitu juga Syi'ah Khawarij terpecah menjadi beberapa firqah, di antarnya, Az-Zariqah, Ash-Shafriyyah, Al-Ibadhiyyah, Al-Ajaridah, dan Ats-Tsa'aliban. Firqah-firqah itu masih terbagi lagi dalam beberapa firqah.
Firqah-firqah tersebut masih diwarnai perbedaan pandangan politik yang bertittik tolak pada perbedaan pendapat tentang masalah hukum.
Seiring dengan berjalannya waktu, bertambah pula firqah-firqah baru dalam Islam, seperti Mutazillah, Asy'ariyyah, dan sebagainya, yang satu dengan yang lainnya saling bermusuhan dan saling membenci.
Di antara kelompok-kelompok itu, agaknya Ahlus Sunnah adalah yang paling mendekati pemahaman aqidah Islam yang benar, tidak dilandasi sikap fanatik ataupun taqlid buta.
sumber;email
09 September 2009
Kehebatan Malam Al-Qadr
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
Imam Al-Qurtubi mencatatkan
قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق
Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)
Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.
Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?
Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?
Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.
Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.
Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.
Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.
Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.
Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)
Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;
Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.
sumber : sini
05 September 2009
IMPEMAS @ Malaysia
Maklumat Program:
TARIKH :21-22 ramadhan 1430H bersamaan 11-12 September 2009
TEMPAT :Permai Resort,Bachok,Kelantan.
MASA BERKUMPUL :3.30-4.00 petang
Tentatif program:
JUMAAT 21 Ramadhan/11 September:
3:30 -KETIBAAN PESERTA
4:00 -BARBEQUE
-SANTAI PANTAI
6:45 -TADARRUS AL-QURAN
7:15 -BERBUKA PUASA
-SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH
8:20 -SOLAT ISYA' DAN TARAWIH
9:30 -BAKAR JAGUNG
11:30 -TIDUR
SABTU 22 Ramadhan/12 September:
4:15 -BANGUN & BERSIAP
-SOLAT QIAMULLAIL
-SAHUR JAMA'I
5:51 -SOLAT SUBUH BERJAMAAH
-TAHLIL UNTUK ARWAH AYAH AZUKI
7:00 -SANTAI PANTAI
-AKTIVITI BEBAS
-BERSURAI
Barang-barang yang perlu dibawa oleh semua peserta:
1-Al-Qur'an
2-Kain selimut
Tempat Penginapan Kami
Senarai peserta yang telah mengesahkan kehadiran:
Nik Mohamad Al Syahrulnizam bin M. Sanusi
Tengku Zainol Hakim b Tengku Zawawi
Muhammad Safiuddin bin Mohd Soyong
Muhd. Sufillah bin Mohd. Soyong
Ahmad Farhan bin Mustafa
Syamsul Munawwir bin Ismail
Luqman bin Hassim
Abdussalam bin Mohammad Zainal Abidin
Noor Azuki Fahme bin Ismail
*PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBUAT SEBARANG PINDAAN TERHADAP ATURCARA PROGRAM TANPA PEMBERITAHUAN NOTIS TERLEBIH DAHULU.
*PIHAK PENGANJUR JUGA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG.
04 September 2009
Jikalau Kaabah hanyut
Apa akan jadi jikalau Kaabah hanyut katalah sampai ke Tokyo? Terjadi banjir besar lalu Kaabah hanyut sampai ke Tokyo. Apa akan jadi dengan kiblat sembahyang kita?
Tidak akan jadi apa-apa. Umat Islam kekal sembahyang mengadap ke tapak asal Kaabah itu. Umat Islam tetap tawaf mengelilingi tapak Kaabah yang telah hanyut itu. Kiblat orang Islam di seluruh dunia tetap ke arah tapak Kaabah yang telah hanyut itu.
Ini persoalan mudah tetapi menjadi kemusykilan sejak sekian lama, di kalangan umat Islam sendiri, apatah lagi bukan Islam.
Bahkan, suatu hari kelak jikalau orang Islam atau kafir bertanya, sudah ada jawapan. Atau mungkin diri sendiri tertanya-tanya, sudah tersedia jawapan yang paling tepat. Sengaja saya menggunakan perkataan kafir kerana ia lawan perkataan Islam yang paling hampir. Islam lawan perkataannya kafir, bukannya "Bukan Islam". Jadi silap besar jika di sana-sini anda terlihat perkataan "Non-Halal". Lawan perkataan "Halal" adalah "Haram" bukannya, "Non-Halal atau Tidak Halal." Kenapa DBP tidak menegur? Kenapa JAKIM menyetujui? Kenapa? Takut?
Saya mendapat jawapan setelah pada suatu hari saya membaca satu artikel yang amat menarik. Sekarang saya ingin menyampaikan artikel yang sangat menarik itu.
Apa sebenarnya persepsi kafir tentang solat? Pertanyaan yang sama juga kepada orang Islam kerana masih ramai yang tersilap persepsi. Sebahagian besar menganggap solat itu menyembah Kaabah. Bagaimana kita mesti menerangkan jikalau ditanya, "Mengapa kita menyembah objek?" Mereka (kafir dan sebahagian Islam) menyangka kita sembahyang dengan menghadap dan menyembah objek (Kaabah).
Bagaimana kita mesti menerangkan. Ini adalah tanggung jawab kita orang Islam untuk menerangkan.
1. Kaabah adalah objek atau penanda. Orang Islam tidak boleh menyembah objek.
2. Kaabah adalah lambang persatuan umat Islam sedunia. Kaabah adalah penanda arah kiblat. Jadi, dari seluruh dunia orang Islam bersolat 5 kali sehari (yang wajib, mesti, tiada sebarang alasan), menghadap ke arah Kaabah. Bukan menyembahnya sebaliknya adalah sebagai penanda.
3. Jadi, dari seluruh dunia, bahkan orang Eskimo (yang Islam) pun solat dengan menghala ke arah Kaabah. Kita di Malaysia, menghadap ke arah matahari terbenam. Mungkin orang Eskimo menghadap ke arah matahari terbit kerana di situ arah Kaabah. Arah mereka tidak sama dengan arah kita di Malaysia dan seluruh dunia.
4. Bagaimana jikalau tidak ada Kaabah sebagai penanda? Tentu bersepah arah sembahyang umat Islam dari seluruh dunia.
5. Sebagai buktinya, umat Islam bukan menyembah objek, kita buat andaian sebagaimana artikel yang pernah saya baca. Andaiannya sangat mudah: katalah terjadi banjir besar dan Kaabah hanyut sampai ke Tokyo, umat Islam tidak menukar kiblat menghala ke Tokyo sebaliknya kekal menghala ke arah tapak Kaabah yang telah hanyut.
6. Membuktikan bahawa Kaabah adalah penanda semata-mata, kalaulah tiba-tiba sahaja, misalnya Kaabah itu lenyap, umat Islam masih kekal bertawaf mengelilingi tapak Kaabah itu. Ini membuktikan bahawa Kaabah adalah penanda semata-mata dan orang bertawaf mengelilingi Kaabah bukan kerana Kaabah tersebut sebaliknya semata-mata kerana ia penanda.
Begitulah penerangan mudah untuk menerangkan kepada mereka dan diri sendiri yang masih tidak was-was atau tidak pasti mengapa kita bersolat menghala ke Kaabah.
Tetapi, ada satu bangsa, puak atau kaum yang meratap menangis menarik-narik kelambu Kaabah seolah-olah dia mengadu kepada Kaabah itu bagaimana kita hendak menjelaskan?
1. Benarkah mereka sedang "mengadu"? Mungkin mereka menangis kerana terlalu gembira akhirnya dapat melihat objek yang menjadi penanda selama ini.
2. Meratap menangis pada dinding dan kelambu Kaabah, bukan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mungkin mereka memandai sendiri.
sumber;ukhwah.com
28 Ogos 2009
Keperluan Ikhtilat
Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir. Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.
Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.
Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan. Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.
Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam. Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA.
Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan. Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin. Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.
23 Ogos 2009
Doa Seorang Sahabat
Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.
Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.
Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.
Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.
Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.
Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"
"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.
"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"
"Kau salah!" suara itu bertempik.
"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."
Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"
"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"
Moral :
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari "yang terlihat"
sumber
21 Ogos 2009
Kisah Arnab dan Kura-kura (Versi Baru)
Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
sumber;http://www.shahabudeenjalil.com
19 Ogos 2009
Soal Jawab Selsema Khinzir
Artikel asal oleh Jeri Condit, senior editor untuk MSN Health
Soal Jawab Selsema Khinzir
Jika anda risau dengan selsema khinzir, disertakan fakta yang dikeluarkan ole US Centers for Disease Control and Preventian (Pusat Kawalan dan pencegahan Penyakit US) untuk membantu anda memahami bagaimana wabak selsema khinzir ini boleh merebak dan apa yang anda patut buat sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan wabak ini.
Apa dia selsema Khinzir? (Atau Selsema Babi?)
Selsema khinzir ni ialah penyakit yang biasa menjangkiti khinzir dan disebabkan oleh influenza virus jenis A. Penyakit ni biasanya menyerang khinzir2, amt jarang sekali menyerang manusia.
Dalam rekod yang lepas, laporan berkenaan penyakit selsema khinzir ini memang sangast jarang berlaku, kalau ada pun dalam satu jangkitan untuk setap 2 tahun je.
Daripada tempoh Dec 2005 - Feb 2009 cuma ada 12 kes yang dicatatkan.
Bagaimana virus selsema babi boleh tersebar?
Individu yang terlibat secara langsung dengan khinzir adalah yang paling biasa dijangkiti dengan selsema khinzir ini. Walaupun pernah ada rekod penyebaran virus ni sebelum ni, tapi tapi tidak diketahui berapa cepat virus ini boleh tersebar. Sepertimana selsema biasa, selsema khinzir ni boleh berjangkit melalui batuk-batuk, bersin, atau melalui sentuhan terhadap barang yang ada virus hidup diatasnya.
Seseorang yang dijangkiti boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum mendapat tanda selsema khinzir. Ini yang bahanya sebab, seseorang pembawa boleh manjangkiti orang lain sebelum dapat tahu yang beliau mengidap selema khinzir. Seseorang yangmengidap selsema khinzir patut dikira sebagai penyebar virus selagi ada tanda2 selsema tadi, dan sehingga 7 hari atau lebih daripada masa dijangkiti. kanak-kanak mungkin ambil masa yang lebih lamalah.
Kalau makan daging khinzir boleh jangkit ke?
Persoalan ni tak timbul bagi orang Islam , tapi bagi kaum lain yang biasa makan daging ni, mengikut artikel ini, Jika daging tadi dimasak dengan suhu 160 darjah Ferenheit semua bakteria dan virus akan mati. Tapi saya rasa , nak masak pun kena sentuh dulu kan? Apa yang saya boleh nasihatkan , berehat dulu dari makan daging tersebut.
Apakah simptom-simptom selsema khinzir?
Sama macam selsema biasa: Demam, sejuk, sakit tekak, batuk2, sakit kepala, sakit2 badan dan keletihan. Muntah-muntah dan cirit birit juga mungkin terjadi.
Tanpa buat ujian makmal, adalah mustahil untuk mengenalpasti samaada seseorang itu diserang selsema khinzir atau cuma selsema biasa ataupun penyakit2 lain.
Langkah berjaga yang patut diambil ?
1. kebersihan tangan perlu dijaga, basuh tangan denga sabun dan air secara kerap dan berkala.
2. Elakkan menyentuh bahagian mata hidung atau mult kerana virus mudah masuk kedalam badan melalui ketiga2 bahagian ini.
3. Tutp mulut dengan tissue kalau anda batuk atau bersin
4. elakkan perhubungan dengan pengidap selsema dan jaga kesihatan dengan mendapatkan tidur yang cukup, senaman, dan makanan berkhasiat.
Jika anda rasa saya dihidap penyakit ni, apa anda patut buat?
Cepat-cepat pergi klinik buat pemeriksaan kesihatan. jangan lupa tanya samaada anda perlu baut ujian selsema khinzir. Bagi maklumat yang tepat tentang tempoh anda sakit dan juga perjalanan anda. Kalau sakit tapi tak sempat ke klinik, lebih baik anda duduk rumah sahaja sehingga anda diperiksa.
Emergency medical Care perlu kalau ada Tanda-Tanda pada kanak2
demam beserta ruam, dehidrasi, nafas lebih laju, Warna kulit ada kebiru-biruan , slow bangun atau pun lembab, simptom selsema hilang tetapi datang balik dan batuk lebih teruk, gatal ayng agak teruk.
Emergency medical Care perlu kalau ada Tanda-Tanda pada orang dewasa
Susah bernafas, pening2 (dizziness), kekeliruan, muntah2 yang teruk atau berterusan, sakit atau tekanan di dada atau perut.
Ingat, simptom2nya macam selsema biasa, cuma doktor yang boleh mengesahkan!
Are there medicines effective in treating swine flu in humans?
ada respon terhadap oseltamivir (Tamiflu), atau zanamivir (Relenza) kepada yang dijangkiti. Ubat ini macammanapun berkesan pada peringkat awal selepas sakit ( dalam masa 2 hari dari simptom), jadi segeralah berjumpa doktor jika simptom berterusan.
Ada tak vaksin sekarang ni?
Belum ada lagi pihak2 yang pakar tengah cuba yang terbaik untuk hasilkan vaksin.
p/s:Bacaan lanjut
14 Ogos 2009
Rahsia Kebijaksanaan dan Kelicikan Yahudi
Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai rahsia mengapa ramai ahli cerdik pandai pada zaman moden ini terdiri dari orang Yahudi. Antara cendekiawan mereka yang tersohor sudah pasti Albert Einstein. (Malah ada teori yang mengatakan bahawa Einstein turut mengetahui tentang Rahsia The Secret).
Kaum Yahudi pada masa kini hampir menguasai segalanya atas muka bumi hari ini, dari aspek ekonomi hinggalah penguasaan media. Semuanya di dominasi oleh Yahudi.
Yang menghairankan kita bagaimana mereka ini menjadi begitu hebat? Begitu bijak dan licik menguasai orang lain? Sedangkan sebelum wujudnya negara Israel, kaum Yahudi hanyalah satu kaum yang merempat disegenap pelusuk dunia.
Artikel di bawah mengungkap rahsia bagaimana kaum Yahudi ini menjadi bijak dan begitu licik hinggakan pengaruh mereka boleh menguasai dunia dalam pelbagai aspek kehidupan.
Ianya ditulis oleh Dr. Stephen Carr Leon, seorang doktor yang membuat latihan amali (housemanship) di Israel sekitar tahun 80an. Sudah tentu artikel asal ditulis dalam bahasa Inggeris, kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh saudara Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir. Terima kasih kepada usaha beliau ini.
Untuk tidak membuang masa, sila baca artikel penuh di bawah untuk mendapatkan iktibarnya. Tidak bermakna apa yang Yahudi amalkan itu semuanya bagus untuk kita. Anda sendirilah yang menilainya.
Sekian.
------------------------------------------
Kata Pengantar dari Penterjemah Tesis Ini
------------------------------------------
Tak perlulah saya mengulang lagi perilaku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika.
Mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.
Setelah memantau beberapa laman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semoga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan generasi mendatang. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa ke pengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.
Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semoga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan generasi yg baik.
Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.
----------------------------------------
Terjemahan Artikel WHY THE JEWS SO SMART
----------------------------------------
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah 'S……' tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
“Why the jews so smart”
Dr. Stephen Carr LEON.
sumber;http://aurakaya.blogspot.com
11 Ogos 2009
Duka Hamba
Hatiku sedang berduka…
Bila mengenang kisah lara…
Seorang hamba yang selalu derhaka…
Selalu engkar firman tuhannya..
Wahai Pencipta….
Engkaulah tuhan akulah hamba…
Harapku pintu taubatmu masih terbuka…
Bidadarimu kudamba…
Tapi layakkah diri yang penuh noda…
Mengharap bidadari dunia…
Apatah lagi di syurga…
Ya Allah ..
Sedih terasa namun tak terkata…
Bila mata kekeringan airnya…
Sejadah kusujud taubat kudamba…
Amin ya rabb tuhan semesta…
06 Ogos 2009
Insan Kealpaan
Kala hening Subuh
Dia membuaikan mimpi
Terleka dengan khayalan tidur
Yang telah melenyapkan keinsafan dalam diri
Dan berlalulah
Rasa keimanannya terhadap Tuhan...
Tika fardu Zohor
Imannya tidak bermohor
Baginya hanya ingatan palsu
Yang tidak patut dikejar
Dan berlalulah saban keimanannya terhadap Tuhan...
Waktu Asar menjelma
Dia masih lagi menyibukkan diri
Dan menghambakan diri
Dengan urusan duniawi
Dan sekali lagi dia merungkai
Keimanannya terhadap Tuhan...
Saban Maghrib
Dia bergegas menjejakkan kaki
Ke tempat yang terlarang
Dia berani menghirup, merasai
Dan menikmati titisan air kedosaan
Apa yang dihalang
Dia telah memalingkan keimanannya terhadap Tuhannya...
Di saat Isyak berlalu
Dia membujur kaku
Berserta dengan buih kedosaan
Yang telah dia lemparkan terhadap Tuhan...
Namun, setelah itu
Adakah dia masih
Direstui oleh Tuhannya?
Diampuni oleh Tuhannya?
Dan siapakah dia? Y
ang membunuh Tuhan dari jiwanya..??
Aku hanya mengingati agar diriku Tidak seperti "dia"
Tika hati itu runsing
Selagi keduanya hadir dalam kehidupan, selagi itulah adanya hati yang pelbagai.
Ada manusia yang diberikan kepandaian akal, tetapi bahagian pengurusan hatinya tidak diberikan.
Ada yang pandai dalam mengawal hati, tetapi kurang dalam penggunaan akal.
Juga ada manusia yang bijak dalam mengendalikan kedua-duanya.
Bijak dan pandainya manusia dalam pelbagai bidang terkadang bab yang satu ini sangat kurang diperhatikan.
Dilihatnya berpakaian indah, berkendaraan mewah, tetapi setiap kali ditanya bagaimanakah keadaannya?
Tertekan, runsing, harta yang ada seperti tidak berguna.
Tiada bahagia.
Hati itu runsing jika jaraknya dengan sifat fitrahnya dijauhkan.
Hati itu tertekan tika jaraknya dengan Tuhannya tidak dipedulikan.
Maka , kembalilah kepada yang Menciptakan, pasti akan kembali tenang.
Allah itu Maha Pemberi, Maha Menyanyangi , Maha Mengasihi, ingatlah namanya sebutlah keagungannya, pasti hati akan kembali kepada keadaan asalnya.
Allah , Allah, Allah...
sumber:http://umaralfateh.wordpress.com/
04 Ogos 2009
Hati adalah radar yang ajaib!
senua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia telah dikesan (detect) oleh hati.
Sabda Rasullulah s.a.w: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu b aik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati.
Hati adalah ibarat raja bagi tubuh bdan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu disi dengan sifat mahmudah maka hebatlah seluruh anggota badannya menjadi seorang yang mulia. JIka hati dikotori dengan sifat mazmumah maka rosaklah peribadi akhlak seseorang itu.
Hati adalah radar yang hebat mengesan perbuatan manusia samada pekara yang baik dan buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah rasa berdebar-debar dan cemas seterusnya akan menyebabkan kita rasa gelisah(tension)
Isyarat ini menyuruh supaya seseorang kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan tenang semula. Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.
Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan? Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.
Zikir, membaca alQuraan dan menuntut ilmu agama islam, zakat, bersedekah dan baik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan
pada hati , barulah seseorang berhak menperolehi kebahagiaan.
Apakah cara merawat hati yang berpenyakit dan hidupkan hati yang mati. CAranya ialah bertaubat, minta keampunan mengingati kematian dan sentiasa melakukan amalan kebajikan akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.
Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Surah Ar-Ra'd :28
Apabila hati kita mendustaka ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit;
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Al-Baqarah:10
Bila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
Al-Haddid:16
sumbangan http://mindataqwa.blogspot.com
01 Ogos 2009
31 Julai 2009
SUSAHNYA MENJADI GENIUS
Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan saya kepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir sama dengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya.
Tetapi Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.
Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?
ADI PUTRA
Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali menghiasi muka depan akhbar Malaysia, apabila Adi Putra Abdul Ghani muncul dengan kelebihan luar biasanya di dalam Matematik.
Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau, dan saya berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi 'sumpah' ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.
It figures: after completing year 12 subjects at 10, mathematician Yao-ban Chan has now become Melbourne University's youngest-ever PhD graduate. Photo: Craig Abraham
Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.
Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.
Chan Yao-ban telah bertemu dengan ‘perjuangan' yang bakal memanfaatkan kelebihannya.
Apakah seseorang itu perlu ‘melarikan diri' dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?
SUFIAH YUSOF
Soalan ini menjadi lebih meruncing dengan kegemparan kita terhadap seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.
Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.
Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.
Hari Perkahwinan Sufiah bersama Jonathan Marshall [[1] foto: Daily Mail]
Beberapa bulan yang lalu, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.
Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!
Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda's College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi ‘mangsa'.
Apakah semua ini?
JOHN NASH
Masih ingatkah kita kepada [2] John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem favourite saya, A Beautiful Mind.
Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam [3] artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.
Katanya,
More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women.
Kerana itu, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Teringat saya kepada sebuah ceramah berkaitan masalah ini yang disampaikan di HUKM tidak lama dulu. Penceramah itu memberitahu bahawa statistik menunjukkan, di mana-mana sahaja bilik atau dewan tempat manusia berkumpul, maka 1/4 daripadanya mempunyai masalah berkaitan mental!
Saya masih ingat kepada seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.
PENGAJARAN
Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita.
Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan. Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang terakam dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?
Sejarah Islam merakam ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Figura seperti al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi' al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.
Apakah rahsia mereka?
Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus. Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.
BUAT PENDAKWAH
Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus.
Rayau-rayau saya di laman sesawang, menemukan saya dengan komen-komen mudah ramai pihak yang secara simplistik menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak [4] peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi.
Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan depression lazim terkait pula dengan obsesi seseorang kepada agama!
Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.
Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan ‘lemah didikan agama' atau ‘hidup tidak mengikut sunnah'.
Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah. Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus diterima sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.
Saya mengangkat tangan memohon doa untuk masa depan yang lebih baik untuk adik Adi Putra yang sedang menyusuri jalan yang penuh liku itu.
ABU SAIF @ http://saifulislam.com/?p=1662
28 Julai 2009
Siapakah Kumpulan 5forty2 ???
Keramat (English mean sacred) is a stone’s throw away neighborhood from Kuala Lumpur. A Middle-Class Malay neighborhood; there’s nothing sacred or magical there. But in a corner of this unsacred Keramat, three blood brothers decided to grab the microphone and verbalize their mind, speak for a change.They rap not in a formal type of Malay language, they sling a daily-used-layman slang so that their sound would be more honest and truly convey their expression. The voice of people from Keramat.
To remind them of their roots and where they are from, they took the first three digits of Keramat’s postcode (54200) and formed the name 5forty2. Started with just three members, 5forty2 now have become merrier with another four additional brethren.
Their ideology is simple, that the main purpose of human’s creation is to submit and obey their Creator. And they manifest that principle of life by voicing out for the oppressed people; rejecting tyranny since human can only be slave to their Creator; reminding their listener that there is Creator up there and life is not simply just for material pleasure.
Six sick songs released on the net, so far. One of the songs, Ushahidu (Budak-Budak Zaman Sekarang) was widely spread among the Malays here in Malaysia as well as outside the country. 5forty2 is now working for their first EP estimated to be released at the end of 2009.
========================================
Tidak ada apa yang keramat di Keramat. Cuma di suatu sudut kawasan ini, tiga adik beradik mula berjuang mengangkat mikrofon dan menyuarakan apa yang terdapat dalam fikiran mereka, bersuara untuk perubahan. Mereka tidak rap dengan bahasa Melayu tinggi, mereka melontarkan slanga harian orang Kuala Lumpur supaya lebih jujur suaranya dan benar-benar menggambarkan ekspressi mereka. Suara orang dari Keramat.
Untuk Mengingatkan mereka kepada asal usul mereka, mereka mengambil tiga digit pertama poskod kawasan Keramat (54200) dan membentuk nama 5forty2. Bermula dengan hanya tiga anggota, 5forty2 kini semakin meriah dengan kehadiran empat orang lagi saudara.
Ideologi mereka mudah, tujuan utama diciptakan manusia adalah untuk menyerah diri dan mematuhi Penciptanya. Dan mereka memanifestasikan prinsip hidup tersebut dengan bersuara untuk orang tertindas, menolak sebarang kuku besi kerana manusia hanya layak menjadi hamba kepada Penciptanya sahaja; mengingatkan pendengar bahawa ada Pencipta di atas sana dan hidup bukan semata-mata untuk kepuasan material.
Enam buah lagu telah diedarkan melalaui internet setakat ini. Salah satunya adalah lagu Ushahidu (Budak-Budak Zaman Sekarang) yang tersebar luas di kalangan pendengar Melayu baik dalam negara mahupun luar negara. 5forty2 kini sedang dalam proses menerbitkan EP pertama mereka yang dijangka akan muncul pada akhir tahun 2009.
sumber:5forty2
p/s:Hanya sebagai perkongsian maklumat,sebarang komen berkenaan artikel ini amat dialu-alukan di ruangan 'HIWAR' kami.terima kasih.
27 Julai 2009
Realiti Kehidupan Disebalik Kisah Tamsilan
Alah Bisa Tegal Biasa
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.
Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah “Kapur!”, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah “Kapur!”.
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam.. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.
“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan pan jan g sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”
“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” tanya Guru kepada anak muridnya.
Jangan Pijak Karpet
“Baik untuk permainan kedua…” Gurunya meneruskannya. …..
“Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..”Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ….Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. …”
“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita….. ”
“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?” tanya murid- murid.
“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” ”Begitulah Islam…. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun”.
“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…”
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA… MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!
Disunting dari : motivasikejayaan.com via email