SA PE HEBAT
> Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
> Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti
> orang tu tunduk.
> Man : Wow! Bapa kau keja apa?
> Ali : Tukang gunting rambut.
>
> KELAS BI
> Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
> Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi
> bintang banyak kat bebudak lain. Adadapat 5 bintang la, 4 bintang la.
> Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik
> bulan.
>
> SUDU
> Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
> Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
> Doktor : Kenapa?
> Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
>
> MAYAT
> Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal
> ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
> Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
>
> TIRU
> Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
> Bapa : Apa bukti awak?
> Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang
> ? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak
> tahu, aku lagi la tak tahu".
>
> DOKTOR
> Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana
> telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur
> di pasar.
>
> Doktor : "Selamat petang..."
> Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
> Doktor : " Adamasaalah apa ...?"
> Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
> Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
> setelah diperiksa... .
> Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
> Pesakit : "Apa caranya doktor?"
> Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula
> percuma..."
> Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
> Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
> Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
> Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
> sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
> Pesakit : "Huh
>
>
> p/s
> Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan
> tension2. =)