13 September 2009

RAMADHAN IMPEMAS

Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri,Ramadhan yang berbaki masih lagi dirai.Tentunya ramai yang bagaikan tidak merelakan 1 Syawal tiba;bukan tidak redha dengan kehadirannya cuma mereka tidak mahu berpisah dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang memperoleh pahala berganda ini.Lebih indah lagi jika pencarian malam seribu bulan disaluti dengan kemanisan ukhuwwah fillah.



Bertempat di Permai Resort pada 11 & 12 SEPTEMBER 2009 ahli Impemas telah berusaha menggabungkan keberkatan Ramadhan dan kemanisan ukhuwwah dengan berkumpul bersama menghidupkan hari di bulan Ramadhan.Walaupun penyertaan di kalangan ahli sedikit mengecewakan,namun ia tidak membantutkan semangat Presiden untuk meneruskan usaha yang murni ini.Hanya 56.25% sahaja dari ahli Impemas yang hadir,selebihnya tidak dapat ikut serta atas urusan peribadi.Itulah hakikatnya,memang susah mengumpulkan kesemua ahli Impemas di Malaysia.Di sini tak perlulah Serunai menggambarkan perjalanan program tersebut kerana tentatif program telah diterbitkan dalam blog ini sebelum ini.Alhamdulillah,segala apa yang dirancang telah berjalan dengan sempurna.

Di sini,suka Serunai mengenang kembali kata-kata seorang teman dari Thailand di Kuwait semasa majlis perpisahannya,antara perkara yang tak dapat dilupakannya ialah pelajar Malaysia apabila berjumpa dan berkumpul pasti akan meriah dengan hilai tawa.Begitu juga seorang teman dari Kemboja yang perasan dengan keadaan itu telah memberitahu Serunai,"Kamu semua kalau berkumpul semasa makan,memang meletup kantin jadinya".Sejak itu Serunai tertanya sendirian apakah chemistry 'pecah perut' yang wujud di antara ahli Impemas itu akan berterusan walaupun ketika berada di Malaysia.Jawapannya telah Serunai temui di Permai Resort.Syabab Impemas tetap syabab Impemas.Suasana nyaman dan tenang tepi pantai pada hari itu dipenuhi dengan gelak tawa dan usik mengusik.Apatah lagi dengan keletah Akh Sufillah yang selalu mengusik adik Akh Abdussalam,Alim.Jika diikutkan semasa hari tersebut
seramai 40 muslimat menginap di chalet yang sama,namun hanya riuh rendah syabab Impemas yang kedengaran.Tapi,kami masih lagi menjaga batas-batas gurauan bagi menghormati bulan Ramadhan.

Ahli Impemas sebenarnya bertuah pada hari tersebut kerana telah dibantu masakan juadah berbuka puasa berupa sayur cendawan yang disediakan oleh emak Akh Sufillah.Begitu juga Akh Syamsul dengan ramuan ayam bakarnya.Kesemua ahli yang hadir telah memberikan sumbangan dan komitmen yang sewajarnya.Hanya Allah yang dapat membalas budi semua.


Maklumat Program:


TARIKH :21-22 ramadhan 1430H bersamaan 11-12 September 2009
TEMPAT :Permai Resort,Bachok,Kelantan.
MASA BERKUMPUL :3.30-4.00 petang

Tentatif program:

JUMAAT 21 Ramadhan/11 September:
3:30 -KETIBAAN PESERTA
4:00 -BARBEQUE
-SANTAI PANTAI
6:45 -TADARRUS AL-QURAN
7:15 -BERBUKA PUASA
-SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH
8:20 -SOLAT ISYA' DAN TARAWIH
9:30 -BAKAR JAGUNG
11:30 -TIDUR



SABTU 22 Ramadhan/12 September:

4:15 -BANGUN & BERSIAP
-SOLAT QIAMULLAIL
-SAHUR JAMA'I
5:51 -SOLAT SUBUH BERJAMAAH
-TAHLIL UNTUK ARWAH AYAH AZUKI
7:00 -SANTAI PANTAI
-AKTIVITI BEBAS
-BERSURAI