30 September 2009

Jom buat virus..hehehe...


kali ini ana nak letak artikel lain dari yang lain sikit...

25 September 2009

Jangan Pelihara Rasa Benci

Suatu hari, ketika Nabi saw sedang berkumpul dengan para sahabat di dekat ka’bah, seorang lelaki asing lewat di hadapan mereka. Setelah lelaki itu berlalu, Nabi berujar kepada para sahabat, ”Dialah ahli surga.” Dan hal itu dikatakannya sampai tiga kali.
Atas pernyataan Nabi tersebut, timbul penasaran di kalangan para sahabat, terutama Abdullah bin Umar yang memang dikenal sangat kritis. ”Ya, Rasulullah,” tanya Abdullah, ”Mengapa engkau katakan itu kepada kami, padahal selama ini kami tidak pernah mengenalnya sebagai sahabatmu? Sedang terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak pernah mengatakan hal itu?”

20 September 2009

Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as.


Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan ...

18 September 2009

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17.. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab ..a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


sumber;ukhwah.com

13 September 2009

RAMADHAN IMPEMAS

Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri,Ramadhan yang berbaki masih lagi dirai.Tentunya ramai yang bagaikan tidak merelakan 1 Syawal tiba;bukan tidak redha dengan kehadirannya cuma mereka tidak mahu berpisah dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang memperoleh pahala berganda ini.Lebih indah lagi jika pencarian malam seribu bulan disaluti dengan kemanisan ukhuwwah fillah.



Bertempat di Permai Resort pada 11 & 12 SEPTEMBER 2009 ahli Impemas telah berusaha menggabungkan keberkatan Ramadhan dan kemanisan ukhuwwah dengan berkumpul bersama menghidupkan hari di bulan Ramadhan.Walaupun penyertaan di kalangan ahli sedikit mengecewakan,namun ia tidak membantutkan semangat Presiden untuk meneruskan usaha yang murni ini.Hanya 56.25% sahaja dari ahli Impemas yang hadir,selebihnya tidak dapat ikut serta atas urusan peribadi.Itulah hakikatnya,memang susah mengumpulkan kesemua ahli Impemas di Malaysia.Di sini tak perlulah Serunai menggambarkan perjalanan program tersebut kerana tentatif program telah diterbitkan dalam blog ini sebelum ini.Alhamdulillah,segala apa yang dirancang telah berjalan dengan sempurna.

Di sini,suka Serunai mengenang kembali kata-kata seorang teman dari Thailand di Kuwait semasa majlis perpisahannya,antara perkara yang tak dapat dilupakannya ialah pelajar Malaysia apabila berjumpa dan berkumpul pasti akan meriah dengan hilai tawa.Begitu juga seorang teman dari Kemboja yang perasan dengan keadaan itu telah memberitahu Serunai,"Kamu semua kalau berkumpul semasa makan,memang meletup kantin jadinya".Sejak itu Serunai tertanya sendirian apakah chemistry 'pecah perut' yang wujud di antara ahli Impemas itu akan berterusan walaupun ketika berada di Malaysia.Jawapannya telah Serunai temui di Permai Resort.Syabab Impemas tetap syabab Impemas.Suasana nyaman dan tenang tepi pantai pada hari itu dipenuhi dengan gelak tawa dan usik mengusik.Apatah lagi dengan keletah Akh Sufillah yang selalu mengusik adik Akh Abdussalam,Alim.Jika diikutkan semasa hari tersebut
seramai 40 muslimat menginap di chalet yang sama,namun hanya riuh rendah syabab Impemas yang kedengaran.Tapi,kami masih lagi menjaga batas-batas gurauan bagi menghormati bulan Ramadhan.

Ahli Impemas sebenarnya bertuah pada hari tersebut kerana telah dibantu masakan juadah berbuka puasa berupa sayur cendawan yang disediakan oleh emak Akh Sufillah.Begitu juga Akh Syamsul dengan ramuan ayam bakarnya.Kesemua ahli yang hadir telah memberikan sumbangan dan komitmen yang sewajarnya.Hanya Allah yang dapat membalas budi semua.


Maklumat Program:


TARIKH :21-22 ramadhan 1430H bersamaan 11-12 September 2009
TEMPAT :Permai Resort,Bachok,Kelantan.
MASA BERKUMPUL :3.30-4.00 petang

Tentatif program:

JUMAAT 21 Ramadhan/11 September:
3:30 -KETIBAAN PESERTA
4:00 -BARBEQUE
-SANTAI PANTAI
6:45 -TADARRUS AL-QURAN
7:15 -BERBUKA PUASA
-SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH
8:20 -SOLAT ISYA' DAN TARAWIH
9:30 -BAKAR JAGUNG
11:30 -TIDUR



SABTU 22 Ramadhan/12 September:

4:15 -BANGUN & BERSIAP
-SOLAT QIAMULLAIL
-SAHUR JAMA'I
5:51 -SOLAT SUBUH BERJAMAAH
-TAHLIL UNTUK ARWAH AYAH AZUKI
7:00 -SANTAI PANTAI
-AKTIVITI BEBAS
-BERSURAI

12 September 2009

Permulaan Perpecahan Umat Islam

Saat Rasulullah wafat, umat Islam hidup dalam ikatan persaudaraan dan persatuan yang kuat, penuh kesucian dan kemulian. Namun sumber fitnah pertama setelah wafatnya Rasulullah adalah penentuan pemimpin sebagai penerus kepemimpinan Rasulullah.

Perselisihan pertama yang terjadi antara kaum Muhajirin dengan Anshar, tapi karena mantapnya pemahaman Islam yang telah melekat dalam hati muslim pada saat itu, serta jauh dari ambisi pribadi para sahabat, maka mereka dapat menghilangkan perselisihan tersebut.

Di samping itu, antara Muhajirin dan Anshar saling memuliakan dan menghargai satu dengan yang lainnya. Saad bin Ubadah pemimpin kaum Anshar mengatakan, "Kamilah (anshar) sebagai menteri, dan kalian (Muhajirin) sebagai pemimpin."

Dengan perkataan Saad, padamlah api perselisihan yang nyaris menyala. Perselisihan tentang masalah besar itu dapat dengan mudahnya diatasi dengan adanya kerelaan kaum Anshar untuk mengakui kepemimpinan Muhajirin.

Di dalam Muhajirin sendiri sebenarnya terdapat perbedaan dalam penentuan bai'at kepemimpinan tersebut. Umar bin Khaththab segera menuju Abu Ubaidah sambil mengatakan, "Bukalah tanganmu, aku akan membai'atmu, Engkaulah orang yang paling dipercaya di antara umat Muhammad, seperti ucapan Rasulullah di hadapan orang banyak."

Namun Abu Ubaidah menolak dengan tegas dan mengatakan dengan penuh kesungguhan, keimanan dan ketulusan, "Engkau akan membai'at aku, sedang di antara kita ada seorang Ash-Shiddiq (Abu Bakar), orang yang berdua bersama Rasul di dalam gua?"

Lalu Umar merasakan kebenaran dari ucapan Abu Ubaidah, maka segera ia menghampiri Abu Bakar dan berkata, "Bukalah tanganmu, aku akan membai'atmu, engkau jauh lebih utama dari diriku."

Abu Bakar pun tidak segera memenuhi permintaan Umar dan menjawab berulang-ulang, "Engkau lebih kuat dari aku."

Umar pun menukas, "Seluruh kekuatan yang ada padaku adalah bagi keutamaan yang ada pada dirimu." Akhirnya, terjadilah bai'at Umar kepada Abu Bakar Ash-Shiddiq sebagai Khalifah pertama, kemudian diikuti oleh Muhajirin dan Anshar.

Di antara para sahabat, hanya Ali yang terlambat membai'at karena pada waktu itu masih sibuk mengurus Fatimah, istrinya yang dirundung kesedihan karena ditinggal ayahnya. Ali membai'at Abu Bakar dengan keikhlasan dan kepercayaan.

Sebelum Abu Bakar wafat, kaum muslimin telah mengambil kata sepakat untuk memilih Umar bin Khaththab sebagai pengganti Abu Bakar. Pada saat bai'at Umar sebagai khalifah kedua, tidak ada seorang pun sahabat yang datang terlambat, bahkan Ali termasuk orang pertama yang membai'at Umar.

Begitulah awal-awal kepergian Rasulullah, berbagai masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan kehidupan umat Islam berjalan dengan penuh ketenangan dan ketentraman.

Pada masa kepemimpinan Utsman Ibnu Affan, barulah fitnah dan perpecahan mulai merebak, bahkan mengakibatkan terbunuhnya khalifah ketiga itu.

Sepeninggalnya Utsman Ibnu Affan, sebagian kaum muslimin membai'at Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah keempat. Tewasnya Utsman dan dipilihnya khalifah baru bukan akhir dari masalah. Sisa-sisa kefanatikan terhadap kabilah, serta ambisi untuk menduduki kepemimpinan mulai naik ke permukaan.

Sejumlah golongan atau kelompok lahir, masing-masing kelompok menunjuk pemimpinnya. Salah satu kelompok itu adalah kelompok yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abu Sufyan yang menempatkan diri sebagai oposan Ali.

Pendukung utama Khalifah Ali pun menggalang diri, dari sinilah berawal kelahiran dua Syi'ah (pengikut) dalam tubuh umat Islam, pengikut Muawiyah dan pengikut atau pendukung Ali dan anak cucunya, yang kemudian lebih dikenal dengan kelompok Syi'ah.

Syi'ah pada awalnya adalah satu aliran politik, demikian juga hal dengan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Muawiyah. Perbedaan politik antara Ali dengan Muawiyah berlangsung terus dan diperuncing oleh pengikut masing-masing, hingga suatu ketika diadakan tahkim (perundingan) .

Umat Islam yang sudah terpecah menjadi dua itu harus terpecah lagi menjadi tiga dikarenakan ketidaksetujuan diadakan perundingan tersebut. Kelompok ketiga ini dikenal dengan sebutan kelompok Khawarij.

Berdasarkan sejarah di atas, latar belakang lahirnya firqah-firqah dalam tubuh Islam, pada awalnya adalah perbedaan kepentingan dan paham politik, bukan perbedaan paham dalam masalah diniyah, dengan kata lain, perbedaan itu bukan berpangkal dari perbedaan masalah aqidah, tetapi perbedaan pandanagan dalam menentukan kepemimpinan atau dalam proses pemilihan khalifah.

Selanjutnya, setiap firqah terpecah menjadi beberapa firqah baru. Seperti firqah Syi'ah terpecah menjadi beberapa firqah, ada Zaidiyyah, Ismailiyyah, Itsna Asyariyyah, Al-Kisaniyyah, Al-Mukhtariyah, Karbiyyah, Hasyimiyyah, Al-Mashuriyyah, Al-Khitabiyyah, dan banyak lagi.

Sebagian dari firqah itu bersikap berlebih-lebihan dan telah menyimpang jauh dari ajaran tauhid yang murni, mereka menuhankan Ali bin Abi Thalib, di samping masih ada pula perpecahan yang tetap memegang teguh keyakinan atau aqidah yang lurus dan pemikiran yang jernih.

Begitu juga Syi'ah Khawarij terpecah menjadi beberapa firqah, di antarnya, Az-Zariqah, Ash-Shafriyyah, Al-Ibadhiyyah, Al-Ajaridah, dan Ats-Tsa'aliban. Firqah-firqah itu masih terbagi lagi dalam beberapa firqah.

Firqah-firqah tersebut masih diwarnai perbedaan pandangan politik yang bertittik tolak pada perbedaan pendapat tentang masalah hukum.

Seiring dengan berjalannya waktu, bertambah pula firqah-firqah baru dalam Islam, seperti Mutazillah, Asy'ariyyah, dan sebagainya, yang satu dengan yang lainnya saling bermusuhan dan saling membenci.

Di antara kelompok-kelompok itu, agaknya Ahlus Sunnah adalah yang paling mendekati pemahaman aqidah Islam yang benar, tidak dilandasi sikap fanatik ataupun taqlid buta.



sumber;email

09 September 2009

Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ


Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.


sumber : sini

05 September 2009

IMPEMAS @ Malaysia


.:sila klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas ^_^:.

Maklumat Program:

TARIKH :21-22 ramadhan 1430H bersamaan 11-12 September 2009
TEMPAT :Permai Resort,Bachok,Kelantan.
MASA BERKUMPUL :3.30-4.00 petang

Tentatif program:

JUMAAT 21 Ramadhan/11 September:
3:30 -KETIBAAN PESERTA
4:00 -BARBEQUE
-SANTAI PANTAI
6:45 -TADARRUS AL-QURAN
7:15 -BERBUKA PUASA
-SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH
8:20 -SOLAT ISYA' DAN TARAWIH
9:30 -BAKAR JAGUNG
11:30 -TIDUR



SABTU 22 Ramadhan/12 September:

4:15 -BANGUN & BERSIAP
-SOLAT QIAMULLAIL
-SAHUR JAMA'I
5:51 -SOLAT SUBUH BERJAMAAH
-TAHLIL UNTUK ARWAH AYAH AZUKI
7:00 -SANTAI PANTAI
-AKTIVITI BEBAS
-BERSURAI

Barang-barang yang perlu dibawa oleh semua peserta:
1-Al-Qur'an
2-Kain selimut

Tempat Penginapan Kami

Senarai peserta yang telah mengesahkan kehadiran:
Nik Mohamad Al Syahrulnizam bin M. Sanusi
Tengku Zainol Hakim b Tengku Zawawi
Muhammad Safiuddin bin Mohd Soyong
Muhd. Sufillah bin Mohd. Soyong
Ahmad Farhan bin Mustafa
Syamsul Munawwir bin Ismail
Luqman bin Hassim
Abdussalam bin Mohammad Zainal Abidin
Noor Azuki Fahme bin Ismail

*PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBUAT SEBARANG PINDAAN TERHADAP ATURCARA PROGRAM TANPA PEMBERITAHUAN NOTIS TERLEBIH DAHULU.
*PIHAK PENGANJUR JUGA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG.

04 September 2009

Jikalau Kaabah hanyut

Sedikit tazkirah untuk peringatan kita bersama: Benarkah kita menyembah Kaabah? Apa jawapan kita?

Apa akan jadi jikalau Kaabah hanyut katalah sampai ke Tokyo? Terjadi banjir besar lalu Kaabah hanyut sampai ke Tokyo. Apa akan jadi dengan kiblat sembahyang kita?

Tidak akan jadi apa-apa. Umat Islam kekal sembahyang mengadap ke tapak asal Kaabah itu. Umat Islam tetap tawaf mengelilingi tapak Kaabah yang telah hanyut itu. Kiblat orang Islam di seluruh dunia tetap ke arah tapak Kaabah yang telah hanyut itu.

Ini persoalan mudah tetapi menjadi kemusykilan sejak sekian lama, di kalangan umat Islam sendiri, apatah lagi bukan Islam.

Bahkan, suatu hari kelak jikalau orang Islam atau kafir bertanya, sudah ada jawapan. Atau mungkin diri sendiri tertanya-tanya, sudah tersedia jawapan yang paling tepat. Sengaja saya menggunakan perkataan kafir kerana ia lawan perkataan Islam yang paling hampir. Islam lawan perkataannya kafir, bukannya "Bukan Islam". Jadi silap besar jika di sana-sini anda terlihat perkataan "Non-Halal". Lawan perkataan "Halal" adalah "Haram" bukannya, "Non-Halal atau Tidak Halal." Kenapa DBP tidak menegur? Kenapa JAKIM menyetujui? Kenapa? Takut?

Saya mendapat jawapan setelah pada suatu hari saya membaca satu artikel yang amat menarik. Sekarang saya ingin menyampaikan artikel yang sangat menarik itu.

Apa sebenarnya persepsi kafir tentang solat? Pertanyaan yang sama juga kepada orang Islam kerana masih ramai yang tersilap persepsi. Sebahagian besar menganggap solat itu menyembah Kaabah. Bagaimana kita mesti menerangkan jikalau ditanya, "Mengapa kita menyembah objek?" Mereka (kafir dan sebahagian Islam) menyangka kita sembahyang dengan menghadap dan menyembah objek (Kaabah).

Bagaimana kita mesti menerangkan. Ini adalah tanggung jawab kita orang Islam untuk menerangkan.

1. Kaabah adalah objek atau penanda. Orang Islam tidak boleh menyembah objek.

2. Kaabah adalah lambang persatuan umat Islam sedunia. Kaabah adalah penanda arah kiblat. Jadi, dari seluruh dunia orang Islam bersolat 5 kali sehari (yang wajib, mesti, tiada sebarang alasan), menghadap ke arah Kaabah. Bukan menyembahnya sebaliknya adalah sebagai penanda.

3. Jadi, dari seluruh dunia, bahkan orang Eskimo (yang Islam) pun solat dengan menghala ke arah Kaabah. Kita di Malaysia, menghadap ke arah matahari terbenam. Mungkin orang Eskimo menghadap ke arah matahari terbit kerana di situ arah Kaabah. Arah mereka tidak sama dengan arah kita di Malaysia dan seluruh dunia.

4. Bagaimana jikalau tidak ada Kaabah sebagai penanda? Tentu bersepah arah sembahyang umat Islam dari seluruh dunia.

5. Sebagai buktinya, umat Islam bukan menyembah objek, kita buat andaian sebagaimana artikel yang pernah saya baca. Andaiannya sangat mudah: katalah terjadi banjir besar dan Kaabah hanyut sampai ke Tokyo, umat Islam tidak menukar kiblat menghala ke Tokyo sebaliknya kekal menghala ke arah tapak Kaabah yang telah hanyut.

6. Membuktikan bahawa Kaabah adalah penanda semata-mata, kalaulah tiba-tiba sahaja, misalnya Kaabah itu lenyap, umat Islam masih kekal bertawaf mengelilingi tapak Kaabah itu. Ini membuktikan bahawa Kaabah adalah penanda semata-mata dan orang bertawaf mengelilingi Kaabah bukan kerana Kaabah tersebut sebaliknya semata-mata kerana ia penanda.

Begitulah penerangan mudah untuk menerangkan kepada mereka dan diri sendiri yang masih tidak was-was atau tidak pasti mengapa kita bersolat menghala ke Kaabah.

Tetapi, ada satu bangsa, puak atau kaum yang meratap menangis menarik-narik kelambu Kaabah seolah-olah dia mengadu kepada Kaabah itu bagaimana kita hendak menjelaskan?

1. Benarkah mereka sedang "mengadu"? Mungkin mereka menangis kerana terlalu gembira akhirnya dapat melihat objek yang menjadi penanda selama ini.

2. Meratap menangis pada dinding dan kelambu Kaabah, bukan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mungkin mereka memandai sendiri.


sumber;ukhwah.com