20 Januari 2010

PETUA ORANG LAMA

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

Hampas Teh Suburkan Tanaman:

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

09 Januari 2010

Facebook, Yahudi & Status Hukum
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Soalan
Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?
Jawapan
Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.
Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.