11 Oktober 2009

Ceriakan hari anda...

SA PE HEBAT


> Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.

> Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti

> orang tu tunduk.

> Man : Wow! Bapa kau keja apa?

> Ali : Tukang gunting rambut.

08 Oktober 2009

Komputer: antivirus free dari microsoft?betul ke ni?

'alamak!!!komputer ana kena virus'...sudah banyak kali penulis mendengar kata-kata ini dari sahabat-sahabat.seringkali penulis mencadangkan kepada sahabat-sahabat untuk menggunakan 'Eset Smart Security'...tapi yang sedihnye takde sorang pun yang guna..hehe..apepun bukan itu tujuan artikel ringkas ini ditulis...Sebenarnya baru-baru ini syarikat gergasi microsoft telah berjaya melancarkan satu antivirus yang ringan malah apa yang lebih penting adalah FREE
dan ini adalah antara kelebihan mereka-mereka di luar sana yang menggunakan perisian windows yang original.

02 Oktober 2009

Cerpen : Suatu Penyesalan

Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, ......