31 Julai 2009

SUSAHNYA MENJADI GENIUS

" Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi.

Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan saya kepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir sama dengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya.

Tetapi Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.


Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?


ADI PUTRA


Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali menghiasi muka depan akhbar Malaysia, apabila Adi Putra Abdul Ghani muncul dengan kelebihan luar biasanya di dalam Matematik.


Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau, dan saya berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi 'sumpah' ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.



It figures: after completing year 12 subjects at 10, mathematician Yao-ban Chan has now become Melbourne University's youngest-ever PhD graduate. Photo: Craig Abraham


Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.


Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.


Chan Yao-ban telah bertemu dengan ‘perjuangan' yang bakal memanfaatkan kelebihannya.


Apakah seseorang itu perlu ‘melarikan diri' dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?


SUFIAH YUSOF



Soalan ini menjadi lebih meruncing dengan kegemparan kita terhadap seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.


Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.


Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.



Hari Perkahwinan Sufiah bersama Jonathan Marshall [[1] foto: Daily Mail]


Beberapa bulan yang lalu, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.


Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!


Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda's College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi ‘mangsa'.


Apakah semua ini?



JOHN NASH


Masih ingatkah kita kepada [2] John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem favourite saya, A Beautiful Mind.


Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam [3] artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.


Katanya,


More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women.


Kerana itu, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Teringat saya kepada sebuah ceramah berkaitan masalah ini yang disampaikan di HUKM tidak lama dulu. Penceramah itu memberitahu bahawa statistik menunjukkan, di mana-mana sahaja bilik atau dewan tempat manusia berkumpul, maka 1/4 daripadanya mempunyai masalah berkaitan mental!



Saya masih ingat kepada seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.


PENGAJARAN


Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita.


Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan. Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang terakam dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?


Sejarah Islam merakam ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Figura seperti al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi' al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.


Apakah rahsia mereka?


Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus. Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.


BUAT PENDAKWAH



Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus.


Rayau-rayau saya di laman sesawang, menemukan saya dengan komen-komen mudah ramai pihak yang secara simplistik menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak [4] peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi.


Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan depression lazim terkait pula dengan obsesi seseorang kepada agama!


Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.


Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan ‘lemah didikan agama' atau ‘hidup tidak mengikut sunnah'.


Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah. Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus diterima sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.



Saya mengangkat tangan memohon doa untuk masa depan yang lebih baik untuk adik Adi Putra yang sedang menyusuri jalan yang penuh liku itu.


ABU SAIF @ http://saifulislam.com/?p=1662

28 Julai 2009

Siapakah Kumpulan 5forty2 ???


5forty2
Quantcast


Keramat (English mean sacred) is a stone’s throw away neighborhood from Kuala Lumpur. A Middle-Class Malay neighborhood; there’s nothing sacred or magical there. But in a corner of this unsacred Keramat, three blood brothers decided to grab the microphone and verbalize their mind, speak for a change.They rap not in a formal type of Malay language, they sling a daily-used-layman slang so that their sound would be more honest and truly convey their expression. The voice of people from Keramat.

To remind them of their roots and where they are from, they took the first three digits of Keramat’s postcode (54200) and formed the name 5forty2. Started with just three members, 5forty2 now have become merrier with another four additional brethren.

Their ideology is simple, that the main purpose of human’s creation is to submit and obey their Creator. And they manifest that principle of life by voicing out for the oppressed people; rejecting tyranny since human can only be slave to their Creator; reminding their listener that there is Creator up there and life is not simply just for material pleasure.

Six sick songs released on the net, so far. One of the songs, Ushahidu (Budak-Budak Zaman Sekarang) was widely spread among the Malays here in Malaysia as well as outside the country. 5forty2 is now working for their first EP estimated to be released at the end of 2009.

========================================

Tidak ada apa yang keramat di Keramat. Cuma di suatu sudut kawasan ini, tiga adik beradik mula berjuang mengangkat mikrofon dan menyuarakan apa yang terdapat dalam fikiran mereka, bersuara untuk perubahan. Mereka tidak rap dengan bahasa Melayu tinggi, mereka melontarkan slanga harian orang Kuala Lumpur supaya lebih jujur suaranya dan benar-benar menggambarkan ekspressi mereka. Suara orang dari Keramat.

Untuk Mengingatkan mereka kepada asal usul mereka, mereka mengambil tiga digit pertama poskod kawasan Keramat (54200) dan membentuk nama 5forty2. Bermula dengan hanya tiga anggota, 5forty2 kini semakin meriah dengan kehadiran empat orang lagi saudara.

Ideologi mereka mudah, tujuan utama diciptakan manusia adalah untuk menyerah diri dan mematuhi Penciptanya. Dan mereka memanifestasikan prinsip hidup tersebut dengan bersuara untuk orang tertindas, menolak sebarang kuku besi kerana manusia hanya layak menjadi hamba kepada Penciptanya sahaja; mengingatkan pendengar bahawa ada Pencipta di atas sana dan hidup bukan semata-mata untuk kepuasan material.

Enam buah lagu telah diedarkan melalaui internet setakat ini. Salah satunya adalah lagu Ushahidu (Budak-Budak Zaman Sekarang) yang tersebar luas di kalangan pendengar Melayu baik dalam negara mahupun luar negara. 5forty2 kini sedang dalam proses menerbitkan EP pertama mereka yang dijangka akan muncul pada akhir tahun 2009.


sumber:5forty2
p/s:Hanya sebagai perkongsian maklumat,sebarang komen berkenaan artikel ini amat dialu-alukan di ruangan 'HIWAR' kami.terima kasih.

27 Julai 2009

Realiti Kehidupan Disebalik Kisah Tamsilan



Alah Bisa Tegal Biasa

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.
Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah “Kapur!”, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah “Kapur!”.
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam.. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.
“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan pan jan g sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”
“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” tanya Guru kepada anak muridnya.


Jangan Pijak Karpet




“Baik untuk permainan kedua…” Gurunya meneruskannya. …..
“Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..”Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ….Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. …”
“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita….. ”
“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?” tanya murid- murid.
“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” ”Begitulah Islam…. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun”.
“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…”

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA… MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

Disunting dari : motivasikejayaan.com via email

24 Julai 2009

Matahari menangisi penderhakaan penghuni bumi terhadap Allah

GERHANA matahari yang menyelubungi sebahagian mukabumi pada Rabu (22 Julai) dihitung sebagai yang paling lama dalam abad ini. Ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat di beberapa bahagian dunia, terutama sekitar India, China dan Jepun.
Iklan




Menurut rekod pakar kaji bintang, kali terakhir berlakunya gerhana penuh sebelum ini ialah pada Ogos 2008. Kejadian itu dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat.
Ada pun di rantau sekitar negara kita gerhana matahari yang berlaku kali ini hanya separa dan dapat dilihat secara minimum sahaja. Ia memang sukar dicerap dengan mata kasar memandangkan hanya tidak sampai 18 peratus permukaan matahari dilindungi bulan.
Sementara penduduk dunia lebih cenderung membicarakan gerhana matahari sebagai fenomena astronomi dan keganjilan alam, agama Islam pula mengajar umatnya menjadikan kejadian yang amat jarang berlaku itu sebagai peluang manusia mengagumi qudrat (kekuasaan) dan iradat (kehendak) Yang Maha Menjadikan.
Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan, bintang dan matahari.
Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:
"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.
"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."
Menginsafi betapa setiap kejadian di alam ini adalah tanda dan bukti kekuasaan Allah, maka Islam menganjurkan cara tersendiri untuk umatnya menyambut kehadiran gerhana, sama ada matahari atau bulan. Kita digesa berkumpul mendirikan solat khusus sempena gerhana.
Di kalangan orang-orang tua dulu, mereka ada cara tersendiri untuk menafsirkan setiap kali kejadian gerhana, sama ada matahari atau bulan. Mereka membahasakan gerhana bulan itu sebagai "bulan sakit", manakala gerhana matahari sebagai "matahari marah" atau "matahari menangis".
Ketuk batang pokok
Ada pula berbagai upacara dibuat sewaktu melihat gerhana yang entah diceduk dari ajaran kitab atau agama mana. Antaranya ialah mengetuk batang pokok yang tidak mahu berbuah. Kononnya ketukan itu dapat membuang sifat malas berbuah yang mendiami pokok itu.
Ada banyak lagi cerita dan pegangan yang bertradisi dalam masyarakat dahulu kala berkaitan gerhana. Namun dengan peredaran zaman dan disebabkan kejadian gerhana itu terlalu jarang berlaku, adat dan kepercayaan itu tidak begitu diwarisi oleh generasi sekarang.
Apa yang lebih menguasai pemikiran masyarakat dunia hari ini ialah teori dan pembuktian saintifik. Bahawa gerhana matahari adalah fenomena astronomi yang berlaku apabila bulan berkebetulan melintasi hadapan matahari di waktu siang. Bayang bulan yang jatuh ke mukabumi menghasilkan kegelapan.
Namun, sepertimana dinyatakan Allah Ta'ala di dalam firmanNya yang dipetik tadi, "matahari tidak mudah baginya mengejar bulan". Pun begitu, soal mudah atau tidak sebenarnya tertakluk kepada kuasa Allah jua.
Begitu juga, oleh kerana kedua-dua planet itu "beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" mengikut ketentuanNya, maka wajib juga diimani bahawa jika Dia menghendakinya Dia juga Maha Berkuasa sesekala melencongkan peredaran mereka dari tabiat biasa itu.
Dalam mengagumi kekuasaan Tuhan ini, penulis teringat satu ceramah agama yang secara tidak langsung menyentuh soal matahari. Ustaz yang memberikan ceramah menghuraikan ayat berhubung tanda-tanda kekuasaan Allah ke atas penciptaan langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.
Katanya, dengan qudrat dan iradat Allah, matahari mengelilingi bumi tanpa henti. Namun ada ketikanya matahari mengadu kepada Allah Ta'ala. Sebagai makhluk yang tunduk patuh tanpa engkar kepada Tuhan, matahari "menangis" dan meminta izin Allah Ta'ala untuk tidak lagi terus menyinari bumi.
Ia sangat kecewa dan merasa seolah-olah nikmat cahaya yang dipancarkannya tanpa jemu kepada penghuni bumi telah tidak dihargai apabila penghuni bumi tetap kufur dan derhaka terhadap Alah Ta'ala.
Namun permintaan matahari itu tidak diizinkan Allah. Dia sebaliknya menegaskan kepada matahari, "kamu sempurnakanlah tugas kamu (terus beredar dan bersinar). Ada pun soal keengkaran dan penderhakaan penghuni bumi itu biarlah Aku menanganinya dengan cara lain." Moral cerita ini amat dalam. Ia antara lain mengajar kita bahawa di dalam melaksanakan suruhan dan larangan Allah, kita makhluk mesti menunjukkan ketaatan mutlak. Meski pun suruhan Tuhan itu bertentangan dengan pendapat atau nilaian kita, itu bukan pilihan untuk kita tinggalkan apa yang telah diarahkan Allah Ta'ala.
Dari sudut pandang berbeza, jika gerhana matahari itu boleh diistilahkan sebagai "matahari menangis", maka menjadi tanggungjawab kita manusia membahasakan sebab-musabab tindakan matahari itu. Untuk itu kejadian gerhana matahari wajar dijadikan peringatan agar kita tidak terus engkar dan derhaka terhadap Rabbil Alamin





SUMBER;http://www.harakahdaily.net/

23 Julai 2009

APPRECIATE WHAT YOU HAVE!


I asked Allah why I wasn't rich. And he showed me a man with the wealth of a thousand kings, who was lonely, and had no one to share it with.

I asked Allah why I wasn't handsome. And he showed me a men more handsome than any other, who was ugly because of his vanity.

I asked Allah why he'd allowed me to become old. And he showed me a boy of 16, who lay dead at a scene of a car accident.

I asked Allah why I didn't have a bigger house. And he showed me a family of six, who'd just got evicted from their tiny shack, and were forced to live on the street.

I asked Allah why I had to work. And he showed me a man who couldn't find a decent job, because he had never learned to read.

I asked Allah why I wasn't popular. And he showed me a socialite with a thousand friends, who all left the minute the money and fun were no longer there.

I asked Allah why I wasn't smarter. And he showed me a natural born genius, who was serving life in prison for making ill use of his knowledge.

I asked Allah why He put up with a thankless sinner like me. And he showed me His Quraan, and the sacrifices of his beloved Prophet, And I knew then how much He loved me.

Allah Loves You...

* Kasih sayang Allah melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya yang kecil. Berpegang pada tali Allah, jangan mudah kecewa dan putus asa bila ditimpa musibah dan kecundangan. Rahmat Allah melebihi segalanya, hikmahNya tak terjangkau dek akal fikiran kita...
Kuncinya terus berusaha beserta iringan doa dan tawakkal...

16 Julai 2009

Bismillahirrahmaanirrahiim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad sallaALLAHUalihi wasallam...

Pertama sekali alhamdulillah,syukur kepada ALLAH kerana telah mengurniakan kepada kita semua nikmat berukhuwwah di bumi Kuwait ini.Bilangan yang kecil bukanlah halangan kepada kita semua untuk berpersatuan..kan?kan?hehe.


Terima kasih yang tak terhingga ana ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan blog persatuan ringkas kita yang telah mencapai umur 2 bulan...semoga antum sentiasa istiqamah dalam melakukan tugas dan amanah yang diberikan.


Di kesempatan ini,marilah kita sama-sama mendoakan semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua,terutama kepada sahabat-sahabat kita akh azuki,ikhwan, dan ameir...dan di kesempatan ini juga ana nak mengucapkan selamat belajar kepada kawan-kawan kita yang sedang mengambil summer course tahun ini di Kuwait(5 orang semuanya-termasuk diri sendiri)...dan yang terakhir kepada kawan-kawan dan adik-adik yang sedang bercuti di Malaysia,ana harap antum manfaatkan cuti antum sebaik yang mungkin.tolong mak ayah dan adik-adik di rumah.



Ucapan khas ditujukan buat 3 orang pelajar rabik kita tahun ini khasnya akh azuki yang dikasihi...antum semua sentiasa berada di hati ana tidak kira di mana jua antum berada kelak...ingatlah bahawa kita semua masih mempunyai jarak perjalanan yang jauh untuk sampai ke destinasi...jadi ana harap antum semua teruskan berusaha untuk mendapat kejayaan yang hakiki.ana yakin dan yakin dan yakin,bukan sahaja kejayaan di dunia sahaja malah kejayaan di akhirat yang kekal abadi itu juga yang kita impikan bukan?dan juga ana yakin apa yang ALLAH berikan pada diri antum itulah yang terbaik untuk antum sebenarnya,jadi bersyukurlah di atas segalanya.ade satu kata-kata hikmah yang ana mahu kongsikan dengan sahabat-sahabat semua.
'tanamkan dalam khayalanmu tentang kejayaan dan biarkan ia tertulis di hatimu'



Sebagai renungan bersama,marilah kita sama-sama kita hayati hadis ini
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


Akhir sekali harapan ana sebagai kawan seperjuangan antum,ana harap kita semua dapat menjadi seseorang yang dapat memberikan contoh tauladan baik kepada kawan-kawan,keluarga dan masyarakat yang berada di sekeliling kita insyaALLAH amien.

sekian,waALLAHUa'lam.

uhibbukum fiLLAHI jami'an

abdussalam-Presiden IMPEMAS 2009


15 Julai 2009

Kelebihan Mandi Songsang

"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya."

Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

jadi, apa itu mandi songsang?
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
Cool Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Wallahualam...

10 Julai 2009

Solat Istikharah – Pembuka Ketenangan Jiwa dan Kedamaian Hati

Pertama sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan islam.
Dengan dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.

Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung , apakah yang dimaksudkan dengan istikharah.
Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepadaNYA.
Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.

Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah.
Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.

selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan.

Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali.
Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya.

Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.

Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seornag pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.

Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.

Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.

Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.


Perbincangan , penelitian yang hadir serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara seseorang itu memohon istikhrah dari Allah.
Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.

Isi Terpenting Istikharah

Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?

Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?

Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang.

Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.

Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.

Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) (152)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Sapi Betina -Albaqarah)


Bila Mahu Dilakukan?
Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”


Mengapa Solat?
Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya.

Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud.

Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya.

Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu.

Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum.

Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.

Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.

---www.umaralfateh.wordpess.com---

04 Julai 2009

Conteng Arang ke Muka Orang Tua

“Kenapa termenung?” saya bertanya kepada Adam.

“Seronok tengok emak ayah datang jumpa anak-anak. Keluarga saya jauh” balas Adam. Wajahnya sugul.

Sekolah Izzuddin Shah adalah sekolah Kerajaan Negeri Perak. Keutamaan diberikan kepada anak Perak. Namun daripada semasa ke semasa, ada beberapa orang pelajar dari luar negeri Perak yang bersekolah di SIS.

Mereka ini perantau pada usia yang sangat muda.

Cabarannya berganda.

Paling tidak, terkilan melihat ibu bapa berkunjung dengan segala macam juadah untuk anak, pada hujung minggu. Pelajar seperti Adam, hanya mampu memerhati.

“Sabar, jangan terkilan. Kamu tu hebat. Orang hebat sahaja boleh merantau jauh dari Johor ke Perak,” saya menepuk bahunya.

Saya selalu juga mengajak Adam menumpang di rumah saya kalau bercuti pendek memandangkan rumahnya yang jauh di selatan Semenanjung. Kebetulan pula minggu ini saya tidak balik ke rumah, walaupun jarak Sekolah Izzuddin Shah dengan Pasir Puteh hanya seputung rokok orang asli.

MARAH

“Eh, tengok tu!” Adam tiba-tiba menunding jari ke satu sudut di belakang bilik Pengawas.

“Kenapa?” saya kurang pasti apa yang ditunjuknya.

“Itu rupanya mak ayah pelesit tu!” kata Adam. Marah benar bunyinya.

“Hmm..” saya sudah faham apa yang dimaksudkannya.

“Mak ayah elok bertudung labuh, berserban. Anak macam setan!” kata Adam.

0176

Saya tahu Adam memang sangat benci dengan Sarip Dol pelajar Tingkatan 3 itu. Jahatnya memang keterlaluan. Tetapi jahatnya selalu dimaafkan kerana kakinya bersakti di gelanggang bola sepak. Sekolah terhutang budi pula nampaknya kepada kehebatan dia menjaringkan gol. Hingga segala masalah disiplinnya macam dipejamkan sebelah mata.

Tetapi sayu saya lebih kepada ibu dan ayah si Sarip Dol itu.

Mungkin seorang anak boleh bersenang hati bertindak mengikut hawa nafsunya di sekolah. Berlagak tidak tentu hala, jalan bersepah! Ya, tangan orang lain elok terletak di kiri dan kanan badan. Tetapi samseng-samseng bawah umur ini jalannya menghayun tangan bersepah-sepah ke sana sini. Mujur terlekat di bahu. Kalau tidak, elok sahaja terhumban ke longkang selayaknya.

Rambut digumpal mengalahkan A Mahmud dalam Majalah Gila-gila.

Cuma umur belum cukup untuk mendapatkan lesen menunggang Vespa.

Bila ditegur, jawapannya mudah sahaja, “kepala bapak hang! Kepala bapak hang!”

Kesannya, ibu bapanya pula disiniskan pelajar tatkala berkunjung ke sekolah.

IBU BAPA TERKENA SAMA

Mereka bebas berperangai seperti pelesit tetapi mereka lupa, segala kebencian warga sekolah bukannya terpalit sekadar ke muka dan tubuh mereka. Penangannya terbang hinggap ke muka ibu dan bapa.

Siapa sangka, semasa ibu dan bapa yang berlenguh badan menunggang motor datang ke sekolah, orang lain menyumpah seranah si anak hingga ke ibu bapa.

“Kasihan, letih emak mengandung. Letih bapa menanggung. Anak besar jadi pelesit. Jadi setan!” bentak Adam.

“Sabar Adam, tak baik sampai ke situ,” saya menegur.

“Astaghfirullah!” Adam membetulkan ketayapnya.

Teringat kembali kami kepada hadith yang Abang Zamri Hashim bacakan semasa tazkirah selepas Asar semalam:

Dari Abdullah bin Amru beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Sesungguhnya salah satu dosa besar yang sangat besar adalah seseorang mengutuk kedua ibu bapanya.” Seseorang bertanya, “wahai Rasulullah, bagaimana mungkin seseorang mengutuk kedua ibu bapanya?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Seseorang mencela ayah orang lain kemudian orang itu mencela ayahnya dan mencela ibu orang lain dan kemudian orang itu mencela ibunya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Saya dan Adam beredar ke Dewan Makan.

Tanpa lauk-pauk yang sedap-sedap, di Dewan Makan itulah rezeki daripada Allah untuk kami.

Mungkin ikan jaket lagi.

Alhamdulillah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com