26 Jun 2009

Majlis Perpisahan Sesi 2008/2009

Sederhana tapi meriah....
Itulah gambaran tepat membayangkan perjalanan majlis perpisahan yang dibuat sempena tamatnya persekolahan peringkat menengah tiga anggota IMPEMAS iaitu akh Ikhwan,akh Azuki dan akh Ameir.Majlis yang julung kali diadakan di dewan masjid kabir itu turut dihadiri jemputan khas tiga sahabat sari Singapura.




Saat dikhabarkan yang majlis tersebut bakal berlangsung di dewan masjid kabir,serunai agak ragu-ragu memandangkan tempat tersebut agak tertutup dan ruang dewan yang besar jika dibandingkan dengan bilangan anggota IMPEMAS.Apatah lagi majlis seumpamanya telah dibuat di tepi pantai yang agak santai.Ternyata percaturan presiden IMPEMAS akh Abdussalam yang inginkan kelainan membuahkan hasil apabila majlis tersebut kelihatan agak eksklusif di mata serunai.Sedikit kelam kabut di peringkat persediaan apabila pihak pengurusan keliru tentang waktu sebenar bertolak dari asrama.Namun kekusutan itu tidak berterusan menggangu kelancaran majlis tersebut.Majlis yang sepatutnya dipengerusikan oleh akh amin itu telah diambil alih oleh akh Shahril(Biro Tarbiyah) apabila beliau lewat hadir atas urusan peribadi.
Akh Syamsul merangkap naib presiden mewakili akh Abdussalam yang tidak dapat hadir kerana menunaikan umrah telah menyampaikan sepatah dua kata sambil mengucapkan penghargaan terima kasih kepada anggota IMPEMAS dan dif jemputan kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.Waktu dari asar hingga maghrib itu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh tiga anggota yang diraikan bagi meluahkan segala apa yang terbuku di hati masing-masing.

Dimulai dengan akh Ikhwan yang mengatakan tempoh lima tahun tidak terasa dek keseronokan hidup di Kuwait.Saat bersama rakan-rakan antara peluang yang tidak dilepaskan kerana di rumah pergaulannya agak terhad.Sambil berseloroh Ikhwan menjelaskan yang kehidupan di sini penuh kesenangan sehingga baju pun tidak perlu dibasuh.Kehidupan di sini telah benar-benar merubah personalitinya.Antara yang dikongsi ialah berpada-pada menyayangi seseorang.mungkin ada cerita tersendiri yang dilalui di sebalik nasihat yang diluahkan.serunai pun bersetuju dengannya.bak kata orang tua,kalau duduk dekat orang jangan jauh sangat biar kita dapat rasa bau wangiannya.Jangan pula terlalu dekat nanti terhidu bau badannya.pandai-pandailah bawa diri kat tempat orang.

Acara diteruskan dengan ahli kedua akh Azuki.Saat ditanya tentang perasaan dia setelah 5 tahun di Kuwait jawapan yang terpacul dari mulutnya adalah "boleh tahan".Banyak maksud yang tersirat di sebalik jawapan tersebut namun hanya tuan empunya badan sahaja yang memahaminya.Antara kenangan manis yang tak dapat dilupakannya ialah peluang berkawan dengan pelajar dari negara-negara asing khususnya dari eropah dan afrika.Kenangan pahit pula tidak pernah dikisahkan akh Azuki,dalam nada bergurau,dia menghalalkan semua kenangan pahit itu.Dia juga bercadang untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada akhir tahun ini.

Majlis berehat sebentar dengan acara selingan yang dikendalikan oleh Biro Sukan akh Farhan.Permainan teka bahasa isyarat itu hanya mengambil masa 7 minit sahaja sedangkan masa yang diperuntukkan adalah sekitar 20 minit.Ketangkasan para peserta menterjemahkan bahasa tubuh kepada para hadirin adalah faktor utama yang memendekkan waktu permainan.Bagi serunai soalan tang diberikan tidak mencabar peserta kerana hampir semua soalan meliputi kegiatan harian yang mudah digambarkan.Sepatutnya pengendali menyediakan soalan berkaitan benda abstrak seperti nama filem ataupun aktiviti yang memerlukan penerangan yang panjang lebar seperti mendownlaod dari internet.Apapun pujian harus diberikan kepada pengendali kerana sudi menghiburkan hadirin.

Majlis diteruskan lagi dengan ahli ketiga yang dirai,akh Ameir.Sama dengan yang lain,akh Ameir juga tidak sedar masa 5 tahun yang dihabiskan di Kuwait.Sebelum ini dia dikhabarkan bahawa tahun akhir adalah satu tahun yang mencabar dan pelajarnya haruslah sentiasa mengambil berat hanyalah modal kosong semata-mata.Ini kerana setelah dia berada di tahun akhir sekarang,dia merasakan proses pembelajarannya masih sama seperti tahun sebelumnya.Cuma tekanannya hanyalah untuk melayakkan diri menyambung pelajaran ke peringkat universiti di Kuwait sahaja.Namun begitu dia tidak kisah jika tidak dapat meneruskan pengajiannya di sini kerana ibu bapanya sedah mempunyai perancangan tersendiri.akh Ameir sempat mencuit hati para hadirin dengan menceritakan pengalaman pertama tinggal di asrama,antaranya perkataan katil yang semakin lama dilihat semakin serasi dengan dirinya.Begitu juga dia bersyukur kerana tiada aktiviti ragging yang selalunya dilakukan oleh senior di asrama-asrama lain.Tiada titisan air mata disaksikan sepanjang berlangsungnya majlis tersebut,mungkin kerana para hadirin yakin yang mereka akan kembali lagi ke Kuwait tahun depan.

Biro Media dan Penerbitan telah membuat satu tanyangan khas gambar-gambar kenangan ahli yang diraikan.Koleksi gambar tersebut telah disediakan oleh akh Hakim(setiausaha IMPEMAS) dan akh Muhammad.Tayangan tersebut telah menghidupkan lagi majlis tersebut apabila ada ketikanya para hadirin tergelak melihat gelagat lucu gambar lama dan juga wajah ahli ketika tahun pertama yang ternyata lebih muda dan cute.Menyusul selepas itu upacara penyampaian hadiah kepada ahli yang dirai serta hadiah saguhati kepada ahli lain yang telah mengikuti program keagamaan yang telah berlangsung sepanjang tahun ini.

Para hadirin bertuah apabila dapat menjamah hidangan yang telah ditaja oleh pakcik Amran dan makcik Liza.Jamuan yang berupa gulai ayam,udang dan sayur cendawan itu berjaya menawan selera para hadirin sehingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menunda bas yang ditempah kepada setengah jam lagi.


ditulis oleh:'serunai'