‘Assalamualaikum, ma. Dok buat apa?’ saya memulakan perbualan dengan ibu.
“waalaikumussalam. Dok saja-saja.Awat telepon ni?..Dok wat apa tu?” suara mama serak-serak sket.Batuk-batuk. Menunjukkan tidak berapa sihat.
‘Dok saja.Baca-baca sket.’
“pukul berapa sana?”
‘Pukul 4.30 pagi.’
“Tak ganggu baca ka ni?”
‘Dak aih. Saja nak tepon mama. Hari ni bangcik dah besar ma.Dah masuk fasa kedua dah(ketawa)’
“laa, tu la.Mama pun dah terlupa. Tu yang rasa bulan May ni ada apa2.Tapi terlupa betul.Haa, dah besar no skang ni.”
‘tu la, ingat baru semalam main rebut-rebut cekodok, rebut tv…(suka2)’
“hmm…awat tepon pagi-pagi ni?Tak dak kelas ka?”
’saja..nak ucapkan terima kasih pada mama, besarkan kita ni. sampai ke hari ni.’
“sama-sama. tu la, mama lupa betul besday bangcik hari ni.ni nak hadiah apa”
‘ala, tak payah hadiah la. Dah besarkan kita ni sampai skang ni pun dah kira syukur. tak pe la, masa kecik-kecik dulu, kita diraikan, ni dah besar kita la pulak meraikan orang.’
“lagu tu nor…baguih la fikir lagu tu. terima kasih banyak ingat kat mama”
serba sedikit perbualan saya dan ibu pagi semalam.
-Penghargaan kepada seorang Ibu
Kewajaran Meraikan Hari Lahir
Bagi saya, sesuatu tarikh itu kita boleh untuk mengenangnya untuk :
1. Membawa kebaikan pada diri
2.Menghargai pada seorang ibu yang melahirkan
Ramai orang, selalu melihat yang pertama, tetapi selalu terlepas pandang yang kedua.Kalau budak-budak kecil, mereka gembira dengan hadiah-hadiah, tetapi kita yang sudah bukan kecil lagi ni, masa ni lah untuk kita berikan hadiah atau penghargaan pada ibu kita. Kerana disebabkan ibu, kita dilahirkan.
Apa kata, mulai hari ini kita war-warkan pada sahabat-sahabat kita, walaupun benda ni ada yang dah buat, tapi masih tidak ramai.Kita hargai seorang ibu yang disebabkan dia kita ada di dunia ini.
Apa Yang Dicari Tahun ini (teruatama pada Hari Lahir) ?
Kita manusia, banyak yang kita cari tika di dunia ini. Yang paling penting , manusia cari , “Kebahagiaan di dunia mudah-mudahan cemerlang di akhirat.”
Bila kita kata begini, maka akan berbeza hidup kita.Kita akan rasa sendiri perbezaannya. Siapa di antara kita yang setiap hari memastikan diri kita bahagia?..Kebahagiaan kita kena cari.Kita kena pastikan yang hari ini kita bahagia, mudah-mudahan bila kita mati, kita dapat cemerlang di akhirat. Terutama ketika hari lahir kita, bila kita boleh buat yang ini, insyaallah, hari lahir kita akan berbeza.
Kenapa Perlu Diraikan?
Hari lahir ni, bila kita raikan, kita raikan dengan berfikir semula,sebagai salah satu titik perubahan.
Sebagai contoh :
Sebagai seorang suami, fikir semula sejauh mana isterinya bahagia di samping dirinya sebagai suaminya?Apakah sudah terlaksana semua tanggungjawab yang menceriakan isternya?
Sebagai Seorang ayah, berfikir semula, sejauh manakah didikannya terhadap anak-anak itu terkesan dijiwa anak-anaknya?Apakah anak-anaknya bahagia bersamanya dan bangga dirinya sebagai ayahnya?
Sebagai seorang anak,fikirkan semula, sejauh mana dirinya ada dalam hidup ibu ayahnya, selama itu redha mereka berada bersamanya?apakah mereka redha padanya?
Lebih-lebih lagi,
Sebagai muslim, jika sudah meningkat usia, maka pada hari lahir ini, boleh memikirkan sejauh mana diri sudah melangkah dalam mengajak manusia untuk buat baik?dan menegur salah silap dengan ayat-ayat yang manis?
Manusia perlu sebab untuk berubah. Maka jadikan hari lahir sebab untuk satu titik perubahan dengan memikir semula sejauh mana diri kita dengan dunia.
Kita disuruh menghisab diri, jka boleh setiap hari, tetapi apa kata ketika hari lahir kita, kita hisab semula diri kita. Kita hisab dengan lebih ketara , lebih mendalam.
Kenapa perlu kita hisab diri???…
Kerana dunia tidak sempurna tanpa anda. Dunia masih tidak cantik jika tiada anda. Tanpa kamu , dunia ini masih tak sempurna.
Maka di sini kita fikir semula. Jika dunia sudah cantik, sempurna tanpa kita,kita tak perlu dicipta oleh Tuhan. Why should you be cereated? Kenapa kamu?
Jadi, rugi kalau kita tak meraikan. Kita cek balik kekuatan-kekuatan kita, kebaikan-kebaikan yang ada pada kita, yang patut diperkemaskan. Dan kita cek balik mana-mana kelemahan yang patut kita sisihkan dari diri kita.
Jika ini kita dapat buat, maka hari lahir kita akan berbeza. How beautiful if we can do this.
Ada kata-kata dalam agama menyebut : Manusia yang cemerlang adalah hari ini dia lebih baik dari semalam.
Maksudnya : berubah setiap hari.
Kalau dari malas kepada rajin, dari culas kepada berhati-hati.Kalau dari bujang, kepada bertunang, dari bertunang, pada perkahwinan.Maka itu semua satu perubahan.
Bagaimana Mahu Meraikan?
Meraikan hari lahir ni, biarlah yang menaikkan perasaan kemanusiaan. Yang membuatkan manusia rasa dihargai.
Kita ambil contoh,
Seorang suami, jika kebetulan hari tu hari lahir isterinya, apa salahnya balik awal sikit dari pejabat, belikan buah tangan untuk isteri. Paling kurang sejambak bunga. Tunjuk bahawa kita menghargai nilai isteri kita pada diri kita. Isteri tak minta balasan dari suami, tapi kalau suaminya menghargai dirinya, itu akan membuatkannya lebih rasa bernilai dan dihargai sebagai seorang manusia.
Atau hari tu, bawa isteri keluar jalan-jalan, katakan padanya tak perlu memasak hari ini , makan diluar, masa keluar itu, bualkan semua kenangan-kenangan dan nostalgia2 indah. Insyaallah, bila benda ni kita boleh buat, rumah tangga akan bahagia.
Penghargaan dari seorang suami sangat berharga bagi seorang isteri.Walaupun sekecil kata-kata , ianya sangat memberi kesan pada jiwa seorang wanita.
Contoh untuk seorang isteri pula (bagi yang bekerja),
apa salahnya kesibukan pada hari kelahiran suami kita kurangkan. Ambil cuti separuh hari, balik rumah, perkemaskan diri, cuba masak masakan yang paling digemari suami. Kalau mahu lebih nampak cantik lagi, beritahu majikan, dua tiga bulan awal yang tarikh sekian-sekian tidak boleh ada kerja yang teruk-teruk. Bila suami balik, sambut dia. Maniskan wajah, indahkan senyuman anda. Berikan dia kejutan selepas dia habis letih. Sama ada berbentuk hadiah atau kata-kata. Ramai yang merasakan ini benda kecil tetapi ianya kadang-kadang memberi impak yang besar pasa sebuah rumah tangga. Ada suami, yang akan kecil hati, hati terasa jika hari-hari istimewa baginya tidak disambut oleh orang yang paling istimewa dalam hatinya.
Jika bentuk-bentuk sebegini boleh dilakukan oleh seorang isteri yang bekerja, maka ia kadang-kadang sudah cukup memberi tahu kepada suami bahawa dalam kesibukan kita bekerja, suami masih sebagai nombor satu dalam hati. Betapa indah apabila sebuah rumahtangga disulami perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmat antara suami dan isteri dengan sebab perkara kecil ini.
Doa
Akhir sekali, dalam meraikan hari lahir jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah agar mengekalkan diri kita dalam keadaan keimanan juga ketakwaan, serta menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain.
Doakan pada sebuah kebahagaian di dunia dan kecemerlangan di akhirat.
———————————————————————
*Anda bila membaca artikel ini, masukkan sekali dalam pertimbangan bahawa saya hanyalah pelajar sains yang cuba sikit-sikit belajar agama. Sebarang salah silap harap ditegur.Doakan kejayaan saya.
Volgina Street, Konkova,
117437,Moscow.
---www.umaralfateh.wordpress.com---
taman yang disirami kasih sayang menyuburkan keimanan mengharapkan keredhaan tuhan menjalin ukhuwwah menyemai cinta & kasih ilahi agar tersemai islam di hati
29 Jun 2009
26 Jun 2009
Majlis Perpisahan Sesi 2008/2009
Sederhana tapi meriah....
Itulah gambaran tepat membayangkan perjalanan majlis perpisahan yang dibuat sempena tamatnya persekolahan peringkat menengah tiga anggota IMPEMAS iaitu akh Ikhwan,akh Azuki dan akh Ameir.Majlis yang julung kali diadakan di dewan masjid kabir itu turut dihadiri jemputan khas tiga sahabat sari Singapura.
Saat dikhabarkan yang majlis tersebut bakal berlangsung di dewan masjid kabir,serunai agak ragu-ragu memandangkan tempat tersebut agak tertutup dan ruang dewan yang besar jika dibandingkan dengan bilangan anggota IMPEMAS.Apatah lagi majlis seumpamanya telah dibuat di tepi pantai yang agak santai.Ternyata percaturan presiden IMPEMAS akh Abdussalam yang inginkan kelainan membuahkan hasil apabila majlis tersebut kelihatan agak eksklusif di mata serunai.Sedikit kelam kabut di peringkat persediaan apabila pihak pengurusan keliru tentang waktu sebenar bertolak dari asrama.Namun kekusutan itu tidak berterusan menggangu kelancaran majlis tersebut.Majlis yang sepatutnya dipengerusikan oleh akh amin itu telah diambil alih oleh akh Shahril(Biro Tarbiyah) apabila beliau lewat hadir atas urusan peribadi.
Akh Syamsul merangkap naib presiden mewakili akh Abdussalam yang tidak dapat hadir kerana menunaikan umrah telah menyampaikan sepatah dua kata sambil mengucapkan penghargaan terima kasih kepada anggota IMPEMAS dan dif jemputan kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.Waktu dari asar hingga maghrib itu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh tiga anggota yang diraikan bagi meluahkan segala apa yang terbuku di hati masing-masing.
ditulis oleh:'serunai'
Itulah gambaran tepat membayangkan perjalanan majlis perpisahan yang dibuat sempena tamatnya persekolahan peringkat menengah tiga anggota IMPEMAS iaitu akh Ikhwan,akh Azuki dan akh Ameir.Majlis yang julung kali diadakan di dewan masjid kabir itu turut dihadiri jemputan khas tiga sahabat sari Singapura.
Saat dikhabarkan yang majlis tersebut bakal berlangsung di dewan masjid kabir,serunai agak ragu-ragu memandangkan tempat tersebut agak tertutup dan ruang dewan yang besar jika dibandingkan dengan bilangan anggota IMPEMAS.Apatah lagi majlis seumpamanya telah dibuat di tepi pantai yang agak santai.Ternyata percaturan presiden IMPEMAS akh Abdussalam yang inginkan kelainan membuahkan hasil apabila majlis tersebut kelihatan agak eksklusif di mata serunai.Sedikit kelam kabut di peringkat persediaan apabila pihak pengurusan keliru tentang waktu sebenar bertolak dari asrama.Namun kekusutan itu tidak berterusan menggangu kelancaran majlis tersebut.Majlis yang sepatutnya dipengerusikan oleh akh amin itu telah diambil alih oleh akh Shahril(Biro Tarbiyah) apabila beliau lewat hadir atas urusan peribadi.
Akh Syamsul merangkap naib presiden mewakili akh Abdussalam yang tidak dapat hadir kerana menunaikan umrah telah menyampaikan sepatah dua kata sambil mengucapkan penghargaan terima kasih kepada anggota IMPEMAS dan dif jemputan kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.Waktu dari asar hingga maghrib itu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh tiga anggota yang diraikan bagi meluahkan segala apa yang terbuku di hati masing-masing.
Dimulai dengan akh Ikhwan yang mengatakan tempoh lima tahun tidak terasa dek keseronokan hidup di Kuwait.Saat bersama rakan-rakan antara peluang yang tidak dilepaskan kerana di rumah pergaulannya agak terhad.Sambil berseloroh Ikhwan menjelaskan yang kehidupan di sini penuh kesenangan sehingga baju pun tidak perlu dibasuh.Kehidupan di sini telah benar-benar merubah personalitinya.Antara yang dikongsi ialah berpada-pada menyayangi seseorang.mungkin ada cerita tersendiri yang dilalui di sebalik nasihat yang diluahkan.serunai pun bersetuju dengannya.bak kata orang tua,kalau duduk dekat orang jangan jauh sangat biar kita dapat rasa bau wangiannya.Jangan pula terlalu dekat nanti terhidu bau badannya.pandai-pandailah bawa diri kat tempat orang.
Acara diteruskan dengan ahli kedua akh Azuki.Saat ditanya tentang perasaan dia setelah 5 tahun di Kuwait jawapan yang terpacul dari mulutnya adalah "boleh tahan".Banyak maksud yang tersirat di sebalik jawapan tersebut namun hanya tuan empunya badan sahaja yang memahaminya.Antara kenangan manis yang tak dapat dilupakannya ialah peluang berkawan dengan pelajar dari negara-negara asing khususnya dari eropah dan afrika.Kenangan pahit pula tidak pernah dikisahkan akh Azuki,dalam nada bergurau,dia menghalalkan semua kenangan pahit itu.Dia juga bercadang untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada akhir tahun ini.
Majlis berehat sebentar dengan acara selingan yang dikendalikan oleh Biro Sukan akh Farhan.Permainan teka bahasa isyarat itu hanya mengambil masa 7 minit sahaja sedangkan masa yang diperuntukkan adalah sekitar 20 minit.Ketangkasan para peserta menterjemahkan bahasa tubuh kepada para hadirin adalah faktor utama yang memendekkan waktu permainan.Bagi serunai soalan tang diberikan tidak mencabar peserta kerana hampir semua soalan meliputi kegiatan harian yang mudah digambarkan.Sepatutnya pengendali menyediakan soalan berkaitan benda abstrak seperti nama filem ataupun aktiviti yang memerlukan penerangan yang panjang lebar seperti mendownlaod dari internet.Apapun pujian harus diberikan kepada pengendali kerana sudi menghiburkan hadirin.
Majlis diteruskan lagi dengan ahli ketiga yang dirai,akh Ameir.Sama dengan yang lain,akh Ameir juga tidak sedar masa 5 tahun yang dihabiskan di Kuwait.Sebelum ini dia dikhabarkan bahawa tahun akhir adalah satu tahun yang mencabar dan pelajarnya haruslah sentiasa mengambil berat hanyalah modal kosong semata-mata.Ini kerana setelah dia berada di tahun akhir sekarang,dia merasakan proses pembelajarannya masih sama seperti tahun sebelumnya.Cuma tekanannya hanyalah untuk melayakkan diri menyambung pelajaran ke peringkat universiti di Kuwait sahaja.Namun begitu dia tidak kisah jika tidak dapat meneruskan pengajiannya di sini kerana ibu bapanya sedah mempunyai perancangan tersendiri.akh Ameir sempat mencuit hati para hadirin dengan menceritakan pengalaman pertama tinggal di asrama,antaranya perkataan katil yang semakin lama dilihat semakin serasi dengan dirinya.Begitu juga dia bersyukur kerana tiada aktiviti ragging yang selalunya dilakukan oleh senior di asrama-asrama lain.Tiada titisan air mata disaksikan sepanjang berlangsungnya majlis tersebut,mungkin kerana para hadirin yakin yang mereka akan kembali lagi ke Kuwait tahun depan.
Biro Media dan Penerbitan telah membuat satu tanyangan khas gambar-gambar kenangan ahli yang diraikan.Koleksi gambar tersebut telah disediakan oleh akh Hakim(setiausaha IMPEMAS) dan akh Muhammad.Tayangan tersebut telah menghidupkan lagi majlis tersebut apabila ada ketikanya para hadirin tergelak melihat gelagat lucu gambar lama dan juga wajah ahli ketika tahun pertama yang ternyata lebih muda dan cute.Menyusul selepas itu upacara penyampaian hadiah kepada ahli yang dirai serta hadiah saguhati kepada ahli lain yang telah mengikuti program keagamaan yang telah berlangsung sepanjang tahun ini.
Biro Media dan Penerbitan telah membuat satu tanyangan khas gambar-gambar kenangan ahli yang diraikan.Koleksi gambar tersebut telah disediakan oleh akh Hakim(setiausaha IMPEMAS) dan akh Muhammad.Tayangan tersebut telah menghidupkan lagi majlis tersebut apabila ada ketikanya para hadirin tergelak melihat gelagat lucu gambar lama dan juga wajah ahli ketika tahun pertama yang ternyata lebih muda dan cute.Menyusul selepas itu upacara penyampaian hadiah kepada ahli yang dirai serta hadiah saguhati kepada ahli lain yang telah mengikuti program keagamaan yang telah berlangsung sepanjang tahun ini.
Para hadirin bertuah apabila dapat menjamah hidangan yang telah ditaja oleh pakcik Amran dan makcik Liza.Jamuan yang berupa gulai ayam,udang dan sayur cendawan itu berjaya menawan selera para hadirin sehingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menunda bas yang ditempah kepada setengah jam lagi.
ditulis oleh:'serunai'
Langgan:
Catatan (Atom)